Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komando ATM Selamat Tebusan Keretapi Menerusi Eks “Black Snake”

Eksesais yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menguji keupayaan dan kemahiran anggota First Responder Group (FRG) ATM dalam menghadapi krisis dengan melaksanakan operasi menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal menyerupai situasi sebenar menggunakan Keretapi Komuter KTMB.

0 6,783

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) dengan kolaborasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah berjaya melaksanakan Eksesais BLACK SNAKE yang dilaksanakan di Jejambat (Viaduct) 8 km daripada Terminal Skypark Subang selama 2 hari mulai 6 hingga 7 Jul 22.

Eksesais yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menguji keupayaan dan kemahiran anggota First Responder Group (FRG) ATM dalam menghadapi krisis dengan melaksanakan operasi menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal menyerupai situasi sebenar menggunakan Keretapi Komuter KTMB.

Eksesais selama dua hari ini turut menguji kemahiran anggota serangan melaksanakan penyusupan melalui udara ke sasaran yang dilaksanakan pada awal pagi dan kemampuan anggota bantuan yang terdiri daripada Tim Chemical, Biological, Radiologi, Nuclear and Explosive (CBRNe) yang melaksanakan proses penyahcemaran di atas maintenance trolley train ke atas penumpang yang di tawan.

Pasukan Khas
(kredit BOPKP)
Pasukan Khas
(kredit BOPKP)

 

Sementara Tim Counter Improviced Explosive Device (CIED), Tim Perubatan, Tim Anjing Perang daripada Cawangan Serigala dan pasukan perunding juga mengaturgerakkan aset-aset mereka menggunakan maintenance trolley train untuk melaksanakan prosedur sebelum, semasa dan selepas serangan dilaksanakan.

Kolaborasi bersama pihak KTMB turut berjaya membantu mewujudkan suasana yang lebih realistik di dalam latihan dimana pihak KTMB turut menyediakan tiga coach keretapi Electric Multiple Unit Class 83, 2 x Maintenance Trolley Train dan staf-staf KTMB bagi menjayakan eksesais ini. 

Pasukan Khas
(kredit BOPKP)

 

Selain anggota BOPKP, eksesais ini turut melibatkan aset-aset ATM seperti Helikopter EC 725 dari 10 Skuadron PU Kuantan, Helikopter AW109 LOH dari Skuadron 881 PUTD, Cawangan Serigala dari Pusat Latihan Darat (PULADA) dan Tim CBRNe dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Selain itu, Tim CIED dari 91 Rejimen Bantuan RAJD, Tim Perubatan dari Batalion Kedua Perubatan Kluang, Staf J3 Op Khas Markas Angkatan Bersama dan bantuan anggota-anggota ATM serta staf-staf KTMB bertindak sebagai tebusan serta pengganas.

— Disediakan Oleh: Bahagian Operasi pasukan Khas Pertahanan ATM.

Pasukan Khas
(kredit BOPKP)

 

Comments
Loading...