Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal China “Pintas”, “Shadow” Kapal Jepun Di Beting Patinggi Ali?

Menurut pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) Mr WB @WBWhiskeyBravo, kapal pegawal pantai Jepun itu JCG Settsu dipercayai telah dipintas dan dipantau (shadowed) oleh kapal pengawal pantai China, CCG 5303 ketika kapal ronda Jepun itu transit di Beting Patinggi Ali yang terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia.

0 8,617

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Keadaan di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) semakin panas dengan kapal pengawal pantai Jepun turut dilaporkan berada di situ, berkemungkinan untuk memantau aktiviti kapal pengawal pantai China, CCG 5303 yang dilaporkan telah berada di perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas milik negara sejak 12 Januari lepas.

Menurut pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) Mr WB @WBWhiskeyBravo menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, kapal pengawal pantai Jepun itu dikenalpasti sebagai Japan Coast Guard (JCG) Settsu (no pennant PLH-07).

Katanya dalam ciapan itu lagi, kapal JCG Settsu itu dipercayai telah dipintas dan dipantau (shadowed) oleh kapal pengawal pantai China, CCG 5303 ketika kapal ronda Jepun itu transit di Beting Patinggi Ali yang terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia.

Beting Patinggi Ali terletak pada kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak.

Beting ini dikatakan berada di kedudukan paling selatan dalam gugusan Kepulauan Spratly.  

Whiskey Bravo
kredit (Mr WB @WBWhiskeyBravo)

 

Kapal pengawal pantai Jepun JCG Settsu itu adalah kapal peronda daripada kelas-Tsugaru dan telah dibina pada tahun 1984.

Dengan panjang 105 meter dan berat lebih 4,000 tan, kapal pengawal pantai Jepun itu merupakan “lawan yang setanding” bagi kapal CCG 5303 milik China itu yang memiliki panjang 134 meter dan berat yang hampir sama.

Kapal JCG Settsu yang dibina oleh Uraga Shipyard, Sumitomo Heavy Industries itu boleh membawa sehingga 70 anak kapal dan dilengkapi dengan meriam 35mm, 20mm serta helikopter bersaiz sederhana.

Kapal pengawal pantai China terbabit, CCG 5303 telah berada di kawasan perairan Beting Patinggi Ali sejak 12 Januari lalu untuk menganggu kerja-kerja explorasi gas dan minyak yang sedang giat dilakukan oleh beberapa syarikat di kawasan perairan terbabit.

CCG 5303  adalah daripada kapal peronda Type 818 kelas-Zhaoduan yang memiliki panjang 134 meter dan dilengkapi dengan meriam kaliber 76mm.

Kapal pengawal pantai China,CCG 5303 itu bukanlah asing di Laut China Selatan, terutamanya di perairan sekitar Beting Patinggi Ali kerana ia kerapkali “bertugas” di kawasan EEZ Malaysia itu untuk menguatkuasakan apa yang didakwanya sebagai “hak-hak maritim China.”

APMM
Kapal pengawal pantai China 5303

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

Pada 22 Januari lepas, kapal peronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Kelantan telah dikerah ke Beting Patinggi Ali untuk memantau (shadow) kapal pengawal pantai China CCG 5303 itu.

Bagaimanapun pada 1 Februari lepas, tugas memantau kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali itu telah diambilalih oleh kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Tabah, yang merupakan kapal peronda kelas-Gagah.

Kapal KM Tabah yang memiliki berat sekitar 230 tan dan sepanjang 39 meter merupakan bekas kapal peronda kelas PZ yang memasuki perkhidmatan Polis Marin pada 1980, sebelum diserahkan secara berperingkat kepada APMM bermula pada 2005. — DSA

 

Comments
Loading...