Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Udara Australia Tolak Tejas, Kita Bagaimana?

Pada bulan Jun 2020, Tentera Udara  Australia telah mengeluarkan Request For Information (RFI) untuk perolehan pesawat latihan LIFT untuk menggantikan 33 buah pesawat latihan Hawk MK-127 buatan BAE yang telah digunakannya sejak 2001.

0 9,875

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Pegawai-pegawai kanan pertahanan Australia dilapor telah memaklumkan secara tidak rasmi kepada India bahawa negara itu tidak akan menerima cadangan New Delhi untuk membekalkan pesawat latihan lanjutan (Lead-In Fighter Trainer – LIFT) dua tempat duduk “Tejas” kepada negara Oceania itu.

Pada bulan Jun 2020, Tentera Udara  Australia telah mengeluarkan Request For Information (RFI) untuk perolehan pesawat latihan LIFT untuk menggantikan 33 buah pesawat latihan Hawk MK-127 buatan BAE yang telah digunakannya sejak 2001.

Syarikat India, Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) telah memberikan respons terhadap RFI Tentera Udara Australia pada September 2021 dengan tawaran penjualan 35 buah pesawat “Tejas” varian latihan (LIFT) menerusi urusan kerajaan dengan kerajaan dengan Australia. 

Tejas

Bagaimanapun, media India “The New Indian Express” mendakwa bahawa pegawai-pegawai kanan Australia telah menolak tawaran oleh India. 

“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Australia Richard Marles yang mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan India Rajnath Singh pada 22 Jun lepas di New Delhi telah secara rasmi memaklumkan bahawa Australia tidak berminat dengan tawaran India itu, ” laporan oleh The New India Express itu. 

Pesawat-pesawat latihan lanjutan atau LIFT itu adalah pesawat yang memiliki avionik yang canggih, radar dan airframe yang teguh untuk membawa lebih banyak persenjataan, selain boleh melaksanakan pelbagai misi seperti serangan darat dan pemintas. 

Tejas

Pesawat latihan LIFT juga memberikan kemampuan yang hampir sebenar kepada juruterbang pelatih untuk menerbangkan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-5.

Sebenar dalam tender yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Australia, pesawat LIFT “Tejas” itu bersaing dengan pesawat T-7A Red Hawk yang dibangunkan oleh Boeing dan Saab, Leonardo M-346, T-50 oleh Korea Aerospace Industries. 

Sementara itu BAE turut menawarkan kepada Australia untuk menaiktaraf pesawat-pesawat Hawk MK-127 yang dimiliki oleh negara itu dalam kontrak bernilai US$1.5 bilion (RM6 bilion). 

Hawk
Pesawat Hawk Mk-127 Tentera Udara Australia

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Nampak gaya usaha India untuk mengeksport pesawat Tejas ke negara luar belum lagi berhasil setakat ini, dengan keputusan “tidak berminat” Australia itu. 

Apapun, kita juga terus menunggu sama ada Malaysia dan TUDM akan menjadi negara pertama selain India yang menggunakan pesawat Tejas. — DSA

 

Comments
Loading...