Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ruang Udara Eropah Kini “Dijaga” Sistem Pertahanan Udara Israel, Arrow-3

"European Sky Shield Initiative" (ESSI) adalah sistem pertahanan udara berlapis (layered) Eropah dengan sistem pertahanan udara Arrow-3 paling atas diikuti oleh Patriot dan IRIS-T, dibangunkan atas kebimbangan bahawa Eropah akan berhadapan dengan ancaman udara daripada Russia selepas apa yang berlaku di Ukraine pada ketika ini.

0 6,623

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jerman akan membelanjakan US$3.5 bilion (RM15.75 bilion) untuk memperolehi sistem pertahanan udara anti-ballistik  “Arrow-3” bagi mempertahankan ruang udara negaranya dan benua Eropah dibawah projek “European Sky Shield Initiative” (ESSI).

Projek ESSI menggunakan tiga buah sistem pertahanan udara berlainan iaitu Arrow-3, Patriot dan IRIS-T adalah usaha untuk membina sistem pertahanan udara bersepadu bagi Eropah yang disertai oleh 19 buah negara.

Bagaimanapun, terdapat segelintir negara Eropah enggan menyertai usaha ESSI itu dan mahukan ia  menggunakan sistem pertahanan udara buatan benua itu sendiri daripada bergantung kepada sistem pertahanan udara buatan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Antara negara yang menolak ESSI adalah Perancis dan Poland.

ESSI adalah sistem pertahanan udara berlapis (layered) dengan Arrow-3 paling atas diikuti oleh Patriot dan IRIS-T, yang dibangunkan atas kebimbangan bahawa Eropah akan berhadapan dengan ancaman udara daripada Russia selepas apa yang berlaku di Ukraine pada ketika ini.

Arrow
Menteri Pertahanan Israel dan Jerman.

Arrow

Sistem pertahanan udara Arrow-3 telah dibangunkan oleh syarikat Israel Aerospace Industries (IAI) dan kontrak bernilai RM15.75 bilion bagi perolehan sistem pertahanan udara itu adalah yang terbesar yang pernah dicapai oleh syarikat pertahanan Israel.

Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius yang menyifatkan perolehan sistem pertahanan Arrow-3 itu sebagai suatu detik bersejarah menyatakan bahawa ia akan menjadikan sistem pertahanan udara Jerman lebih bersedia pada masa hadapan.

“Kita dapat lihat bagaimana betapa pentingnya sistem pertahanan udara menerusi serangan harian Russia terhadap Ukraine,” katanya.

Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pula berkata perolehan Arrow-3 itu adalah detik bersejarah kerana berlaku hanya kira-kira 80 tahun selepas enam juta Yahudi menjadi mangsa kepada tentera Hitler Jerman.

“Kini Israel dan Jerman bersama-sama membina masa depan yang lebih selamat,” kata beliau.

Arrow
Arrow-3

 

Sistem pertahanan udara Arrow-3 dengan kemampuan menembak jatuh sasaran sejauh 2,400km itu direka untuk menembak jatuh peluru berpandu ballistik atau satelit pada altitude tinggi dan ia telah dibangunkan secara bersama oleh Israel dan Amerika Syarikat.

Israel terpaksa meminta kebenaran daripada Amerika Syarikat sebelum ia boleh menjualkan sistem pertahanan udara Arrow-3 itu kepada Jerman kerana terdapat komponen-komponen buatan Amerika Syarikat di dalamnya.

Syarikat Amerika Syarikat yang terlibat dalam pembangunan sistem Arrow-3 adalah Boeing.

Sistem pertahanan udara Arrow-3 adalah sistem yang bergerak (mobile) yang telah digunakan oleh  Israel sejak 2017 bagi mempertahankan negara itu daripada serangan udara sama ada menggunakan roket atau peluru berpandu daripada Iran dan Syria. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...