Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Antara Kapal Selam Paling Dirahsiakan Russia “Losharik” Dipercayai Telah Kembali Bertugas

Media-media Russia yang memetik sumber tentera menyatakan bahawa kerja-kerja memperbaiki kerosakan dialami oleh kapal selam berkuasa nuklear rahsia "Losharik" itu telah pun siap, berkemungkinan besar menandakan bahawa kapal selam rahsia yang digeruni pihak Barat itu telah pun kembali beroperasi pada ketika ini.

0 13,850

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam Russia “Losharik” (AS-31) yang amat dirahsiakan kewujudannnya oleh Moscow  dipercayai telah kembali semula beroperasi pada Jun atau Julai lepas selepas kerja-kerja pembaikan yang bermula pada 2019 akibat insiden kebakaran telah berjaya diselesaikan.

Ia adalah salah satu kapal berkuasa nuklear yang paling dirahsiakan kewujudannya, termasuk  fungsi dan kemampuan oleh pihak berkuasa Russia.

Media-media Russia yang memetik sumber tentera menyatakan bahawa kerja-kerja memperbaiki kerosakan dialami oleh kapal selam berkuasa nuklear rahsia “Losharik”  itu telah pun siap, berkemungkinan besar menandakan bahawa kapal selam rahsia yang digeruni pihak Barat itu telah pun kembali beroperasi pada ketika ini.

“Selepas kerja-kerja pembaikan, adalah dirancang kapal selam ‘Losharik’ akan keluar untuk kerja-kerja pengujian pada Jun atau Julai tahun ini,” menurut sumber tentera itu kepada media Russia mengenai keadaan terkini kapal selam rahsia yang dilancarkan oleh Russia pada 2003.

Kapal selam itu telah berada di limbungan kapal sejak 2019 apabila ia mengalami insiden kebakaran yang mengorbankan 14 orang krewnya.

Losharik
“Losharik”

 

Sumber tentera itu turut memberitahu media Russia itu bahawa selepas kerja-kerja pembaikan itu, kapal selam “Losharik” akan terus mengekalkan kemampuan uniknya iaitu  menyelam sehingga ke kedalaman 6,000 meter.

Kemampuan untuk menyelam ke tahap tahap yang begitu ekstrim itu adalah salah satu cirinya yang paling unik dan paling berkuasa berbanding kapal-kapal selam milik “musuh-musuhnya.”

Media Russia  melaporkan bahawa hull kapal selam itu yang diperbuat daripada bahan Titanium tidak rosak dalam kejadian kebakaran itu, sekaligus memastikan kemampuannya untuk menyelam pada kedalaman yang amat ekstrim itu.

Sebagai perbandingan, kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Seawolf atau kelas-Ohio dikatakan berkemampuan menyelam sehingga ke kedalaman di antara 490 meter sehingga 2,000 meter.

Masih tidak mencapai separuh daripada kemampuan menyelam kapal selam rahsia Russia “Losharik” itu.

Ketika kejadian kebakaran itu,  “Losharik” sedang melakukan misi rahsia di dalam perairan Russia, tetapi terletak tidak jauh daripada Norway, dipercayai berkaitan dengan Northern Sea Route (NSR), laluan alternatif perkapalan dunia yang sedang diteroka oleh Russia.

Insiden itu sebenarnya telah menarik perhatian pemerhati pertahanan dunia terhadap “Losharik”, sebuah kapal selam yang amat dirahsiakan kewujudannya oleh Russia kerana tugasnya adalah untuk mengintip dan mengumpul maklumat-maklumat penting terutamanya berkenaan dasar laut.

Losharik
“Losharik” (kredit Covert Shores)

 

Oleh kerana tugasnya yang amat sensitif bagi tentera laut Russia, krew yang ditugaskan untuk mengoperasikan kapal selam “Losharik” itu adalah anggota tentera laut Russia yang berkhidmat dengan agensi di panggil “GUGI” (Main Directorate Deep Sea Research).

 Hanya yang terbaik dipilih untuk berkhidmat dengan kapal selam amat rahsia milik tentera laut Russia ini.

14 krew kapal selam “Losharik” yang mati itu adalah antara krew kapal selam Russia yang paling disegani.

Kesemua yang terbunuh telah dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi Russia iaitu “Hero of the Russia Federation.”

Apa yang unik tentang “Losharik” yang berkuasa nuklear ini adalah, krewnya beroperasi di dalam tujuh ruangan bulat (spherical hulls) yang diperbuat daripada bahan aloi Titanium di dalam badan kapal selam itu.

Di dalam kes kapal selam rahsia Russia ini, rekabentuk “spherical hulls” adalah untuk membolehkannya melakukan penyelaman yang jauh lebih dalam berbanding kapal-kapal selam lain di dunia ini.

Losharik
“Losharik”

 

Dikatakan, bentuk bulat adalah lebih kuat berbanding bentuk silider apabila melakukan selaman di laut dalam. (untuk menahan tekanan dasar laut)

Barat memanggil “Losharik” , The Cold War Submarine.

Menurut seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat,  dengan keupayaan menyelam sedalam itu, tiada kapal selam di dunia yang dapat mengesan “Losharik” itu.

Russia juga meletakkan “Losharik” di sebuah kawasan dinamakan Olenya Guba sebagai pengkalan kapal selam itu, sebuah kawasan di Semenanjung Kola di Russia yang terletak jauh dari mana-mana tamadun terdekat manusia. — DSA

Iklan

Comments
Loading...