Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

India Sasar Jual Peluru Berpandu “ASTRA” BVRAAM Pada Pengguna Su-30 Termasuk Malaysia

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA BVRAAM itu dibangunkan oleh syarikat pertahanan India, Bharat Dynamics Ltd (BDL) dan ia merupakan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) pertama dihasilkan oleh industri pertahanan negara itu.

0 3,309

(DEFENCE SECURITY ASIA) – India kini mensasarkan negara-negara pengguna pesawat pejuang Sukhoi Su-30 termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam sebagai pelanggan berpotensi bagi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA BVRAAM dibangunkan oleh syarikat pertahanan negara itu, yang didakwanya adalah lebih baik berbanding dengan peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Russia, R-77.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA BVRAAM itu dibangunkan oleh syarikat pertahanan India, Bharat Dynamics Ltd (BDL) dan ia merupakan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) pertama dihasilkan oleh industri pertahanan negara itu.

India mendakwa peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauhnya, ASTRA BVRAAM itu adalah lebih baik berbanding peluru berpandu udara-ke-udara “R-77” keluaran Russia yang digunakan oleh pesawat pejuang Su-30.

Peluru berpandu udara-ke-udara ASTRA BVRAAM telah pun diuji dengan teliti serta diintergrasikan dengan pesawat pejuang Su-30.

Perancangan sedang dibuat untuk memastikan peluru berpandu udara-ke-udara itu dikerahkan pada platform yang aktif seperti Su-30MKI dan juga pesawat pejuang ringan, Tejas LCA.

ASTRA

Pengurus Besar Projek Baru BDL Vinod Kumar sebagaimana dipetik oleh media pertahanan negara itu berkata bahawa peluru berpandu udara-ke-udara itu telah diproduksi dan syarikat menjangkakan ia memperolehi pesanan tambahan.

Selain itu, BDL menurut beliau turut bercadang mengeksport peluru berpandu udara-ke-udara “ASTRA” itu.

Fokus utama bagi pasaran-pasaran eksport peluru berpandu udara-ke-udara BVR itu adalah negara-negara yang menggunakan pesawat pejuang Sukhoi Su-30, memandangkan “ASTRA” telah pun diintergrasikan dan diuji dengan jayanya terhadap pesawat pejuang itu.

Laporan-laporan media di India telah pun menyatakan bahawa syarikat BDL itu telah pun mengadakan rundingan dengan sebuah pelanggan berpotensi, tetapi ia tidak mendedahkan identiti negara terbabit.

Pelanggan-pelanggan eksport bagi peluru berpandu udara-ke-udara “ASTRA” BVRAAM adalah merangkum pelbagai benua termasuk negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam,Myanmar, Venezuela dan beberapa negara lain yang menggunakan peluru berpandu Sukhoi Su-30.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

Apa yang membuatkan peluru berpandu “ASTRA” BVRAAM itu menarik adalah kerana ia amat sesuai untuk digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30, selain kemampuannya yang dikatakan adalah lebih baik berbanding peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Russia, R-77.

Pada tahun lepas, peluru berpandu ASTRA BVRAAM itu telah pun dilancarkan oleh pesawat pejuang ringan keluarannya sendiri iaitu Tejas di ruang udara Goa dan berjaya memusnahkan sasarannya pada jarak 100km.

Berikutan daripada kejayaan itu, kerajaan India telah meluluskan program untuk memperolehi 200 buah peluru berpandu udara-ke-udara ASTRA BVRAAM itu, yang bakal digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang milik Tentera Udara India iaitu Su-30MKI dan juga Tejas.

Menurut BDL, peluru berpandu ASTRA BVRAAM itu telah menunjukkan prestasi yang amat baik dengan tahap ketepatan peluru berpandu itu mencecah 90 peratus manakala jarak penembakan adalah sejauh 100km dan altitudnya adalah setinggi 20km.ASTRA

Rekabentuk peluru berpandu itu pula mementingkan keberkesanan dan ketepatan.

Memiliki panjang keseluruhannya hampir 4 meter, rekabentuk peluru berpandu ASTRA BVRAAM yang aerodinamik meningkatkan lagi daya “kelincahannya” (manuver) ketika berada di udara manakala ia menggunakan peledak high-explosive pre-fragmented.

Bagi sistem panduannya pula, ia menngunakan inertial guidance, mid-course updates dan terminal active radar homing (berdasarkan pada jarak maksimum 13 km), bagi membolehkan darjah ketepatan peluru berpandu adalah amat tepat. — DSA

 

 

Comments
Loading...