Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bilangan Anggota Tentera Israel Cedera Cecah 20 Ribu Termasuk Sakit Mental

Bilangan anggota tentera Israel yang mengalami kecederaan akibat konflik di Semenanjung Gaza boleh mencecah 20,000 orang sekiranya ia turut meliputi anggota tentera Yahudi itu yang mengalami gangguan mental atau “post-traumatic stress disorder” (PTSD).

0 25,341

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bilangan anggota tentera Israel yang mengalami kecederaan akibat konflik di Semenanjung Gaza boleh mencecah 20,000 orang sekiranya ia turut meliputi anggota tentera Yahudi itu yang mengalami gangguan mental atau “post-traumatic stress disorder” (PTSD).

Perkara itu didedahkan oleh ketua Organisasi Anggota Veteran Israel Edan Kleiman baru-baru ini.

Beliau yang turut mengalami kecederaan ketika bertugas di Gaza pada 1990-an memberitahu Associated Press bahawa beliau tidak pernah melihat intensiti peperangan di Gaza sebagaimana yang dialami oleh tentera Israel pada ketika ini.

“Kita perlu memulihkan anggota tentera ini. Pihak berkuasa Israel tidak sedar tentang keseriusan masalah yang dihadapi pada ketika ini,” kata beliau sambil menambah bahawa menjangkakan akan lebih ramai anggota tentera Israel cedera selepas ini akibat konflik di Gaza pada ketika ini.

Katanya, organisasi yang beliau ketuai menaja lebih daripada 50,000 anggota yang mengalami kecederaan akibat konflik membabitkan negara Yahudi yang sedang berlaku pada ketika ini dan konflik yang berlaku sebelum ini.

Organisasi itu katanya, terpaksa melipatgandakan bilangan petugasnya untuk menampung anggota tentera Israel yang mengalami kecederaan pada ketika ini.

Tentera

“Kita akan terus mengambil kerja juru terapi dan pekerja untuk membantu anggota tentera yang cedera, selain menaiktaraf pusat-pusat rehabilitasi,” kata Kleiman.

Beliau berkata jika anggota tentera tidak menerima rawatan mental dan fizikal yang diperlukan oleh mereka termasuk akses kepada rumah atau kereta yang akan menghalang rawatan pemulihan mereka atau membolehkan mereka kembali ke alam pekerjaan.

Walaupun organisasi veteran tentera Israel diketuai oleh Kleiman menyatakan bahawa bilangan anggota tentera Israel yang cedera akibat konflik di Gaza adalah amat ramai, namun Kementerian Pertahanan negara itu menyatakan setakat ini hanya 3,000 anggota tentera Israel cedera.

Bagi anggota tentera Israel yang maut sejak operasi daratan bermula, tentera Israel menyatakan hanya 172 orang anggota tenteranya cedera, namun bilangan ini dipertikaikan oleh pihak-pihak dalam negara Yahudi itu sendiri.

Dalam satu temuramah bulan lepas, pengarah di Tanah Perkuburan Tentera Mount Herzl, David Oren Baruch mendedahkan bahawa seorang anggota tentera Israel dikuburkan di antara setiap satu jam dan satu jam setengah.

 Bercakap pada 19 November lalu, beliau berkata, “Kita sedang berhadapan dengan fasa dimana pengebumian berlaku setiap jam dan sejam setengah selepas itu satu lagi majlis pengebumian berlaku.”

“Di Tanah Perkuburan Tentera Mount Herzl sahaja, kita mengebumikan 50 anggota tentera di dalam tempoh 48 jam,” kata beliau.

Tentera

Akhbar berbahawa Hebrew, Yediot Ahronoth menyatakan bahawa sejak konflik di Semenanjung Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu, lebih daripada 5,000 anggota tentera Israel disahkan mengalami kecederaan dengan 2,000 daripada mereka mengalami kecacatan kekal.

Menurut akhbar itu,  58 peratus daripada anggota tentera itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki sehingga memaksa bahagian-bahagian tubuh mereka dipotong (amputations).

Akhbar Israel itu menyatakan bahawa apa yang dialami oleh tentera Israel itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Lebih daripada 5,000 anggota tentera yang cedera telah diterima oleh hospital-hospital di Israel. Lebih daripada 2,000 daripada mereka diperakui secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan sebagai cacat,” menurut akhbar itu. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...