[VIDEO] Ucapan Panglima 10 Bgd Para “Gegar” Seberang Tambak. Paranoid Ke?

Video yang memaparkan taklimat oleh Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal itu turut menarik perhatian daripada Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah video yang dikeluarkan oleh Markas 10 Briged (Para) di dalam media sosial Facebook beberapa hari lepas, telah “mengegarkan” seluruh Singapura sehinggakan ia turut menjadi topik perbincangan oleh media-media serta netizen republik itu.

Video yang memaparkan taklimat oleh Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal itu turut menarik perhatian pemimpin kanan Singapura iaitu Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam.

Shanmugam turut “meluangkan masanya yang amat berharga” itu untuk mengulas video oleh seorang pegawai tentera Malaysia.

Ulasan dan video Khairul Azmizal di dalam akaun FB Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura itu mendapat 2.1k perkongsian dan 208,000 tontonan. Wow!!!!!!

Tetapi apa yang membuatkan media, netizen dan malah seorang menteri kanan negara jiran kita ini begitu “tersentak” dengan video oleh seorang panglima tentera Malaysia, yang sebenarnya hanya memaparkan ucapan beliau pada anak-anak buahnya pada suatu latihan tentera.

 

Khairul Azmizal hanya menyampaikan taklimat (CONOP) Eksesais (Eks) Para Predator Siri 1/21 oleh kepada semua Pegawai Memerintah/Pemerintah serta pegawai dan anggota yang akan terlibat dengan Eksesais tersebut.

Eks tersebut dijangka dilaksanakan bermula pada minggu terakhir bulan Ogos 2021 sehingga minggu pertama September 2021.

Objektif utama eks adalah untuk menilai kompetensi bagi setiap Leading Parachute Battle Group (LPBG) dalam aturgerak Operasi Pasukan Atur Cepat (PAC) dan menguji kepimpinan pemerintah di setiap lapisan dalam aspek kemampuan Memimpin, Memerintah, Melatih dan Mengurus (Lead, Comd, Train and Manage).

Bagaimanapun menurut media, netizen dan Menteri Kanan Singapura, dalam ucapan Khairul Azmizal itu dalam Bahasa Inggeris adalah menyentuh tentang usaha “to secure two crossing sites”.

Panglima itu seterusnya berkata, “securing of the two crossing sites will allow Division forces to punch through to the centre of gravity of the enemy; and they must fight to the last drop of blood.”

Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam.

 

Nampaknya,ucapan Khairul Azmizal mengenai usaha menawan dua “crossing sites” ini telah menyentuh “raw nerves” media, netizen dan K Shanmugam sehinggakan mereka semua bangun dan memberikan perhatian “yang amat mendalam” terhadap video oleh Panglima 10 Bgd Para itu.

Mungkin pihak di sebelah tambak itu membuat assumption/jangakaan bahawa “two crossing sites” yang diperkatakan oleh Khairul Azmizal itu adalah Tambak Johor dan Linkedua yang menghubungkan Johor dengan republic itu.

Dalam ucapan panglima itu, admin tidak terdengar beliau menyatakan “two crossing sites” itu adalah di Singapura, menyebabkan admin pun agak terperanjat di atas reaksi yang agak berlebihan daripada pihak republic.

“Two crossing sites” boleh berada di mana-mana di Malaysia ini, di Penang atau dimana-mana sahaja. Mengapa pihak-pihak di Singapura mendakwa Khairul Azmizal mensasarkan mereka, sedangkan beliau tidak pernah menamakan negara itu secara spesifik? Dibelakang rumah admin pun ada “two crossing sites.”

Adakah hanya di Singapura ada “two crossing sites,”?

Screenshot akaun FB K.Shanmugam.

 

Pihak Singapura juga mengaitkan taklimat Khairul itu berlaku pada bulan Ogos yang juga merupakan Bulan Kebangsaan Singapura, seolah-olah panglima itu sememangnya “mensasarkan” republic itu dalam ucapannya pada latihan itu.

Ok, Malaysia atau mana-mana rakyatnya selepas ini tidak dibenarkan menyebut perkataan “two crossing sites” pada bulan Ogos kerana kita tidak mahu menyakiti rakyat Singapura, yang mungkin berimaginasi bahawa kita sedang bersiap-sedia untuk menyerang mereka.

Admin jangkakan sifat paranoia/paranoid ketika zaman pandemik COVID-19 juga telah mencatatkan peningkatan, berkemungkinan kesan daripada MCO atau “circuit breaker”. Someone need to take a chill pill…….

Namun,  secara seriusnya admin menjangkakan tindakan media, netizen dan Menteri Dalam Negeri Singapura memberikan perhatian yang keterlaluan terhadap ucapan Brig Jen Khairul Azmizal itu adalah suatu usaha untuk menjadikan Malaysia dan ATM “bogeyman” (kambing hitam) dalam percaturan politik domestik mereka.

Tambak Johor

 

Mungkin mereka berfikiran bahawa ucapan oleh Khairul Azmizal itu boleh dijadikan bahan untuk membakar semangat nasionalisme rakyat Singapura dan mengapi-apikan imaginasi mereka tentang “musuh” di seberang tambak.

Sedikit sebanyak mereka boleh menunjukkan bahawa parti pemerintah Singapura,PAP adalah “benteng” terbaik republik itu dan rakyatnya dalam menentang “imaginary foe” di seberang tambak itu.

Bagi rakyat Malaysia, kita tidak perlu jatuh di dalam “perangkap” yang sedang dimainkan mereka kerana ini semua adalah untuk “domestic gallery” (politik dalaman) mereka.

Linkedua

 

DEFENCE SECURITY ASIA

10 Bgd ParaATMKhairul AzmizalSingapura