[VIDEO] Russia Tempatkan Tiga Pesawat Pengebom Nuklear di Syria

Ia sekaligus meningkatkan kemampuannya dan membenarkan pesawat-pesawatnya untuk berlatih di suatu rantau baru.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia mengumumkan bahawa buat pertama kalinya ia mempunyai kemampuan mengoperasikan pesawat pengebom strategik jarak jauh berkeupayaan membawa senjata nuklear daripada pangkalan udaranya di Syria.

Ia sekaligus meningkatkan kemampuannya dan membenarkan pesawat-pesawatnya untuk berlatih di suatu rantau baru.

Russia mengoperasikan pangkalan udara Hmeymim yang terletak di kawasan pesisir pantai Mediterranean, di mana ia melancarkan misi-misi serangan udara untuk menyokong Presiden Syria Bashar al-Assad sebelum ini.

Kementerian Pertahanan Russia sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters berkata bahawa tiga buah pesawat pengebom strategik jarak jauh, Tupolev Tu-22M3 telah terbang ke pangkalan udara Hmeymim, Syria daripada Russia.

Ia berkata, landasan di pangkalan udara telah dipanjangkan dan dipertingkatkan bagi membolehkan Tentera Udara Russia mengoperasikan semua jenis pesawat di situ.

Pangkalan Udara Hmeymim di Syria

 

Ketiga-tiga buah pesawat pengebom Tupolev Tu-22M3 akan mengadakan latihan di kawasa geografi baru di Mediterranean itu sebelum kembali ke Russia.

Menerusi kerahan pesawat pengebom ke pangkalan udara Hmeymim itu, Russia memberi signal bahawa ia tidak akan meninggalkan Syria dan Assad dalam jangkamasa terdekat ini.

Malah ia hanya menandakan bahawa Russia akan berada di Syria buat suatu jangkamasa yang lama.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

HmeymimPengebomRussiaSyriaTu-22M3