[VIDEO] “Lockdown” Di Washington

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dengan hanya satu hari lagi sebelum majlis angkat sumpah Jo Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru menggantikan Donald Trump, bandar Washington D.C kelihatan seolah-olah medan perang.

Kira-kira 25,000 anggota tentera National Guard kini berada di Washington D.C bagi memastikan majlis angkat sumpah itu bebas daripada segala kekacauan yang dijangka ditimbulkan oleh penyokong-penyokong Trump.

Kehadiran 25,000 anggota National Guard di Washington D.C adalah kerana pihak berkuasa Amerika Syarikat menjangkakan penyokong Trump terutamanya golongan konservatif dan ekstremis tempatan bercadang membuat kacau pada hari mengangkat sumpah itu.

Pihak berkuasa negara itu khuathir insiden minggu lepas di mana beberapa ribu penyokong Trump menceroboh bangunan Capitol, lokasi Kongres Amerika Syarikat bersidang,  akan berulang. Dalam insiden itu yang memalukan negara kuasa besar dunia itu, empat orang terbunuh termasuk seorang anggota polis.

 

 

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Jo BidenTrumpWashington. Angkat Sumpah