[VIDEO] Kapal Pengawal Pantai Amerika Lepaskan Tembakan Ke Arah Bot-Bot Penyerang Laju Iran

Krew kapal pengawal pantai itu melepaskan tembakan selepas dua bot penyerang laju Iran itu belayar pada kedudukan 300 ela dan 150 ela daripada USCGC Maui.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat, “USCGC Maui” (WBP 1304) melepaskan kira-kira 30 das tembakan daripada mesingan berat 12.7mm kearah dua buah bot penyerang laju milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang berlayar “terlalu hampir” dan dengan cara “merbahaya” dalam kejadian yang berlaku di Selat Hormuz, Timur Tengah semalam.

Krew kapal pengawal pantai itu melepaskan tembakan selepas dua bot penyerang laju Iran itu belayar pada kedudukan 300 ela dan 150 ela daripada USCGC Maui.

Kedua-dua buah bot penyerang laju Iran itu beredar daripada menghampiri dengan lebih dekat kapal pengawal pantai itu selepas tembakan itu dilepas.

Ketika kejadian, USCGC Maui sedang dalam pelayaran transit di Selat Hormuz bersama-sama kapal cruiser tentera laut Amerika Syarikat USS Monterey (CG 61),  kapal peronda USS Thunderbolt (PC 12),  USS Hurricane (PC 3), USS Squall (PC 7) dan kapal pengawal pantai USCGC Wrangell (WPB 1332).

Turut bersama pelayaran mereka adalah kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat USS Georgia (SSGN 729).

 

Sebuah helikopter ASW Iran juga kelihatan memantau daripada udara kapal selam nuklear Amerika Syarikat yang berlayar bersama-sama lima buah kapal perang negara itu yang lain.

Sedang kapal-kapal AmerikaSyarikat itu melakukan pelayaran transit di Selat Hormuz, mereka telah didatangi oleh sekumpulan 13 buah bot penyerang laju Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang menghampiri mereka.

Dua daripada bot penyerang laju itu kemudiannya berpecah daripada formasi 13 bot penyerang laju Iran dan menghampiri kapal-kapal Amerika Syarikat itu secara berasingan dan cara berbahaya.

Dan pada ketika itulah, kapal pengawal pantai USCGC Maui melepaskan tembakan untuk menghalang kedua-dua bot penyerang laju Iran itu daripada terus menghampiri kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu.

Kejadian semalam itu adalah kejadian kedua di dalam tempoh dua minggu selepas insiden pada 26 April yang berlaku di Teluk Parsi dimana kapal perang Amerika Syarikat terpaksa melepaskan tembakan amaran terhadap bot-bot laju milik Iran yang menghampirnya cara berbahaya.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat John Kirby mengatakan, gangguan daripada bot-bot laju Iran bukanlah sesuatu yang pelik pada ketika ini, bagaimanapun kejadian semalam itu menyaksikan bot-bot penyerang Iran bertindak dengan amat agresif.

Beberapa hari lepas, salah sebuah daripada kapal perang Amerika Syarikat iaitu USS Monterey berjaya memintas sebuah bot tradisi Arab membawa muatan pelbagai jenis senjata yang dipercayai dibekalkan oleh Iran kepada kumpulan pemberontak Houthi di Iran.

Sebuah kapal peronda Amerika Syarikat diekori oleh beberapa bot penyerang laju Iran di Selat Hormuz.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatIranSelat HormuzTeluk ParsiUSS GeorgiaUSS Monterey
Comments (0)
Add Comment