Airbus Sedia Menyokong Keperluan Pertahanan Malaysia

Mengikut Belanjawan 2024, sejumlah dana telah diperuntukkan kepada TUDM untuk memperoleh 12 buah helikopter. Airbus sedia untuk membekalkan unit H225M untuk pertimbangan apabila tiba masanya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Airbus Helicopters bertekad untuk memperketatkan hubungan dan ekosistemnya di Malaysia meskipun semasa mengekalkan pegangan pasarannya di negara ini.

Semasa bicara dengan wartawan di fasiliti helikopter Airbus di Subang, Axel de Pascal, Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, mengatakan bahawa Malaysia adalah pasaran penting bagi syarikat tersebut.

Pengeluar helikopter Eropah itu berhasrat untuk memperkukuhkan sahamnya dalam tempoh lima tahun akan datang, terutamanya di sektor ketenteraan.

“Kami menjangkakan peningkatan dalam permintaan dari pihak ketenteraan untuk operasi khas, mencari dan menyelamat, dan pengangkutan taktikal di serantau Malaysia. Disinilah terbuktinya kemampuan Airbus H225M pelbagai fungsi dalam pertempuran untuk keperluan misi,” kata De Pascal.

H225M telah dikontrakkan kepada sepuluh angkatan tentera di seluruh dunia dengan lebih daripada 170 unit telah disampaikan, lebih daripada 40 unit dalam pesanan dan lagi 50 unit menyokong agensi kerajaan dalam misi mencari dan menyelamat.

Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, Axel de Pascal

 

Empat daripada sepuluh pelanggan ketenteraan H225M ini berasal dari Asia-Pasifik, termasuk Malaysia.

Penggunaan meluas H225M menekankan kejayaan pengganda daya ini membolehkan pihak operator dikerahkan dengan cepat walau bagaimana keadaan cuaca persekitaran.

Tambahan lagi jumlah besar pengendali H225 yang menggunakan helikopter serbaguna ini untuk pelbagai misi awam dan parapublic.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini mengendalikan 12 unit H225M dari pangkalannya di Kuantan dan Labuan.

 Direka khas untuk misi yang paling mencabar, H225M pelbagai fungsi ini telah mengambil bahagian secara aktif dalam latihan-latihan tentera dan misi kemanusiaan sejak sepuluh tahun yang lalu, termasuk misi penyelamat banjir, bantuan ketika pandemik, dan operasi menyelamatkan nyawa.

Fleet H225M tentera udara telah diiktirafkan sebagai penerbang pesawat ketenteraan tertinggi di dunia, mencapai sehingga melebihi 30,000 jam penerbangan setakat ini.

Mengikut Belanjawan 2024, sejumlah dana telah diperuntukkan kepada TUDM untuk memperoleh 12 buah helikopter. Airbus sedia untuk membekalkan unit H225M untuk pertimbangan apabila tiba masanya.

“Malaysia sudah mengenali keupayaan H225M, dan dapat manfaat daripada pesawat umum yang boleh beroperasi dengan segera dan kos operasi yang rendah,” tambah De Pascal.

De Pascal menegaskan bahawa pertumbuhan dalam segmen ketenteraan akan mempengaruhi peningkatan jejak kaki Airbus di Malaysia dalam bentuk hubungan dan ekosistem yang sedia ada.

H225M

 

“Kami yakin bahawa H225M tambahan akan melengkapkan pesawat yang sedia ada di TUDM. Dengan ekosistem semasa, sebarang aset tambahan akan meningkatkan kecekapan bagi pihak tentera udara di semua peringkat.”

Airbus masih terus melabur dalam memodenkan kerja-kerja H225 sepadan dengan keperluan misi yang meningkat, menaikkan taraf keselamatan dan mengurangkan masa pasaran.

Pelaburan terkini juga memberi tumpuan kepada kotak gear utama yang dinaik taraf, pemasangan industri yang lebih baik, kemudahan penyelenggaraan, dan penambahbaikan kecekapan kos.

“Dengan infrastruktur baru yang diperbadankan dalam proses industri H225, pengeluaran akan berlanjut melampaui 2040, yang bermaksud kestabilan dan sokongan kumpulan pesawat dijamin untuk dekad akan datang.”

“Terdapat potensi yang besar bagi H225M. Airbus yakin platform helikopter ini akan menjadi pemangkin kritikal yang melengkapi kumpulan pesawat di Malaysia.” — DSA

AirbusfeaturedHelikopterTUDM
Comments (0)
Add Comment