[VIDEO] Bunyi “Mengerikan” Pesawat Pejuang Su-57 Menakutkan Penduduk Bandar Moscow

Sebagaimana dilaporkan oleh portal pertahanan, Defense Blog, mereka mendakwa mendengar bunyi seolah-olah orang “menjerit” dengan kuat dan ia amat menakutkan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ramai dikalangan penduduk Moscow membuat aduan mendengar bunyi “menakutkan” ketika pesawat pejuang terbaru negara itu, Su-57 melintasi ruang udara bandaraya itu ketika raptai Victory Day Parade baru-baru ini.

Sebagaimana dilaporkan oleh portal pertahanan, Defense Blog, mereka mendakwa mendengar bunyi seolah-olah orang “menjerit” dengan kuat dan ia amat menakutkan.

Menurut pemerhati, bunyi-bunyi yang mengerikan itu dihasilkan oleh dua buah enjin NPO Saturn AL-41F-1 interim variable-bypass ratio turbofan engine yang memacu setiap satu pesawat pejuang generasi kelima Russia itu.

Enjin terbabit hanya solusi sementara, memandangkan Russia sedang membangunkan enjin baru yang akan digunakan pada Su-57 itu.

 

Mengikut agensi berita Russia, TASS,  pesawat pejuang Su-57 itu direkabentuk untuk memusnahkan semua bentuk sasaran sama ada di udara mahu pun didarat.

Pada Disember tahun lepas, Menteri Pertahanan Sergey Shoigu berkata dalam satu sidang media bahawa sejumlah 22 buah pesawat pejuang generasi ke-lima itu akan diserahkan kepada Tentera Udara Russia menjelang tahun 2024.

Dibawah kontrak yang ditandatangani pada 2019, sejumlah 76 pesawat pejuang Su-57 dijangka akan diserahkan kepada Tentera Russia pada 2028.

Pesawat Gen-5 Russia, SU-57. (sumber internet)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Pesawat PejuangRussiaSu-57 FelonTentera Udara Russia