Turkiye Semakin “Dekat” Dengan Eurofighter Typhoon

Baru-baru ini, Turkiye buat pertama kalinya telah menyatakan secara rasmi tentang kemungkinan ia memperolehi Eurofighter Typhoon sekiranya Amerika Syarikat gagal menjual F-16 kepadanya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan Amerika Syarikat melengah-lengahkan penjualan pesawat F-16 kepada Turkiye telah “mendekatkan” lagi negara Mediterranean itu kepada pesawat pejuang Eurofighter Typhoon.

Buat pertama kalinya, Turkiye baru-baru ini telah menyatakan secara rasmi tentang kemungkinan ia memperolehi Eurofighter Typhoon sekiranya Amerika Syarikat gagal menjual F-16 kepadanya.

“Kita mempunyai rundingan dengan Eropah berkenaan Eurofighter (Typhoon). Turkiye tidak akan sesekali berada dalam kedudukan di mana ia tidak mempunyai jalan alternatif,” kata jurucakap presiden Turkiye Ibrahim Kalin.

Beliau berkata demikian kepada sebuah stesen televisyen Turkiye ketika pemintaan negara itu supaya Amerika Syarikat meluluskan penjualan 40 buah F-16 Block 70 dan 80 kit modenisasi F-16 dilengah-lengahkan oleh Kongres Amerika Syarikat.

Spekulasi tentang kemungkinan Turkiye membeli pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu semakin hangat apabila pegawai-pegawai kanan tentera udaranya telah mengunjungi sebuah pangkalan udara Royal Air Force (RAF) untuk melihat dengan lebih dekat operasi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu

Episod “tarik-tali” diantara Turkiye dan Amerika Syarikat itu bermula apabila Washington pada mulanya merestui penjualan pesawat pejuang itu dan kit modenisasi selepas Ankara menarik balik bantahannya terhadap permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai perikatan ketenteraan, NATO (North Atlantic Treaty Organisation).

Bagaimanapun, tindakan Kongres Amerika Syarikat meletakkan syarat terhadap penjualan F-16 dan kit modenisasi kepada Turkiye telah menyebabkan Ankara berang.

Kongres Amerika Syarikat, berkemungkinan diatas desakan kumpulan-kumpulan pelobi Greek, meletakkan syarat bahawa pesawat-pesawat F-16 yang dijual kepada Turki itu tidak boleh digunakan untuk menceroboh ruang udara Greek.

Sebelum kenyataan oleh Kalin itu, Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan juga memberi amaran sekiranya Amerika Syarikat tidak mahu menjual F-16 kepada Turkiye, maka Ankara akan memperolehi pesawat-pesawat pejuang daripada negara lain.

“Britain menjualnya, Perancis menjualnya dan Russia menjualnya. Kita berkemungkinan memperolehinya (pesawat pejuang) daripada mana-mana,” kata pada awal bulan ini.

Ankara merupakan pengguna pesawat F-16 terbesar di luar Amerika dengan kira-kira 250 buah pesawat. 

Memandangkan Perancis mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Greek dan telah bertindak membekalkan 24 buah pesawat pejuang Rafale dan kapal-kapal perang kepada “musuh ketat” Ankara itu, maka, adalah hampir pasti Turkiye tidak akan membeli pesawat pejuang Rafale untuk tentera udaranya.

Bagi Russia pula, walaupun Moscow menawarkan untuk menjual pesawat pejuangnya seperti Su-35 kepada Turkiye tetapi penjualan itu mendatangkan risiko yang besar kepada Ankara.

Ia sudah tentu tidak mahu berhadapan dengan sekatan ekonomi, sebagaimana yang dihadapinya selepas membeli sistem pertahanan S-400 daripada Russia.

Bukan sahaja ia dikenakan sekatan oleh Washington, tetapi Turkiye juga dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi ke-lima, F-35.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia meninggalkan Britain dengan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Turkiye dan ia adalah pilihan yang semakin hampir akan diambil oleh Ankara sekiranya rundingannya dengan Washington terus buntu.

Ini ditambah pula penyertaan syarikat-syarikat British seperti Rolls-Royce dan BAE Systems di dalam program pembangunan pesawat generasi kelima Turki iaitu, TF-X. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

ErdoganEurofighter TyphoonF-16featuredTurki
Comments (0)
Add Comment