Malaysia Sedia Peroleh Lebih Banyak Peralatan Ketenteraan Dari Turkiye

“Kita mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye. Namun saya serahkan pada pihak tentera, mana yang terbaik,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Turkish House di New York, hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk membeli peralatan ketenteraan dari Turkiye, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA, Anwar berkata sebelum ini ada peralatan ketenteraan yang telah dibeli daripada Korea Selatan, dan menurutnya peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turkiye ini akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

“Kita mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye. Namun saya serahkan pada pihak tentera, mana yang terbaik,” kata Perdana Menteri selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Turkish House di New York, hari ini.

Katanya terserah kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan kerajaan terbabit dalam pembelian peralatan ketenteraan itu.

“Dasar saya ialah seperti yang saya katakan kepada Ketua Turus Bersama (Joint Chief of Staff), kita tidak mahu sebarang campur tangan mengenai apa yang perlu diperoleh, apa yang perlu dibeli,” katanya.

“Anka” MALE-drone developed by Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Pada masa yang sama, Anwar berkata Erdogan juga telah menyatakan persetujuan beliau untuk melawat Malaysia pada bulan Disember depan.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.

Ketika pameran LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lepas, Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian untuk memperolehi tiga buah sistem dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) “ANKA-S” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Dan baru-baru ini, pihak pengurusan kanan Turkish Aerospace Industries (TAI) menyatakan bahawa helikopter saiz sederhana dibangunkannya, “T625 Gokbey” telah menerima tawaran bernilai US$1 bilion (RM4.5 bilion) daripada sebuah negara yang enggan didedahkannya.

Pendedahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TAI Prof Temel Kotil kepada stesen televisyen tempatan Turkiye baru-baru ini menyatakan bahawa negara yang tidak didedahkan identitinnya itu bercadang memperolehi sejumlah 32 buah helikopter “Gokbey” yang dibangunkannya itu.

“KARAOK” anti-tank guided missile by ROKETSAN
“Gempita” is co-developed between FNSS and Deftech.

 

Jika tawaran ini direalisasikan, maka negara terbabit bakal menjadi pasaran eksport yang pertama bagi helikopter sederhana buatan industry tempatan Turkiye itu.

Cuma setakat ini, Kotil enggan mendedahkan identiti negara yang menawarkan US$1 billion untuk memperolehi sejumlah 32 buah helikopter yang memulakan penerbangan sulungnya pada tahun 2018 itu.

Kenyataan beliau itu tentang helikopter “Gokbey” itu telah menimbulkan spekulasi tentang identiti negara-negara yang berminat untuk memperolehi 32 buah helikopter “Gokbey” itu.

Dan seperti biasa, spekulasi tentang pihak yang mahu memperolehi helikopter dibangunkan TAI itu meliputi negara-negara Teluk dan Timur Tengah yang mempunyai sumber kewangan yang tinggi kepadalah Malaysia dan beberapa negara lain.

Malaysia termasuk dalam spekulasi itu kerana kecenderungan kita untuk memperolehi sistem pertahanan daripada Turkiye akhir-akhir ini, dengan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” buatan ROKETSAN menjadi pilihan terkini kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Helikopter saiz sederhana “T625 Gokbey” medium-sized helicopter developed by Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Pada April lalu, laporan media tempatan menyatakan kerajaan Negeri Sembilan berharap Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TAI ditandatanganinya tahun lepas untuk membangunkan Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan (NSAV) dapat direalisasikan akhir tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri pada ketika itu (pra Pilihan Raya Negeri) Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata terdapat perancangan daripada TAI untuk memasang helikopter dan pesawat ringan di NSAV. 

Helikopter “Gokbey” pelbagai-misi keluaran TAI itu merupakan model helikopter generasi baharu dua enjin seberat enam tan dan enam yang dibangunkan dan dikonfigurasikan untuk memenuhi keperluan operasi pelbagai sasaran seperti kargo, pengangkutan VIP, perkhidmatan perubatan kecemasan, luar pesisir termasuk operasi mencari dan menyelamat kerana memiliki ruang kabin yang luas. — DSA

AnwarErdoganfeaturedKetenteraanTurkiye
Comments (0)
Add Comment