Barat Berikan”Ancaman” Lebih Buruk Pada Turkiye, Mahu Ankara Keluar Dari NATO

"Barat merupakan ancaman yang lebih besar bagi Turkiye, mengambil kira sokongannya terhadap usaha untuk mencipta negara Kurdistan yang berasingan," kata Laksamana Gurdeniz dalam temu bual seperti yang dilaporkan oleh Sputnik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang bekas Laksamana Tentera Laut Turkiye, Cem Gurdeniz menyeru supaya Ankara meninggalkan dengan segera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kerana mendakwa negara-negara Barat mendatangkan “ancaman” yang lebih besar terhadap negara Mediterranean itu.

Turkiye menjadi negara anggota NATO pada tahun 1952 ketika era Perang Dingin di antara Barat dan Komunis yang didokong oleh Kesatuan Soviet.

Namun, dinamik dalam NATO telah berubah sejak bermulanya perang Rusia-Ukraine.

Tentera Ukraine

 

Sementara negara-negara Barat dalam organisasi itu mengkritik operasi ketenteraan Moscow di negara Ukraine, Turkiye cuba menjauhkan diri dari perang tersebut.

Hubungan antara NATO dan Ankara menjadi rumit apabila negara-negara Nordic seperti Finland dan Sweden memohon untuk menganggotai pertubuhan ketenteraan itu.

Sementara kebanyakan negara anggota NATO menyetujui permohonan kedua-dua negara Nordic untuk menyertai NATO, Turki dan Hungary berdepan dengan masalah untuk menyokong permohonan itu.

Akhirnya, hanya permohonan diterima manakala kedudukan Sweden masih terumbang-ambing.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan kekacauan tersebut, bekas Laksamana Tentera Laut Turkiye itu menyarankan bahawa isu dalaman seharusnya menjadi alasan di sebalik keputusan Turkiye untuk meninggalkan NATO.

Bekas Laksamana Tentera Laut Turkiye Cem Gurdeniz

 

“Barat merupakan ancaman yang lebih besar bagi Turkiye, mengambil kira sokongannya terhadap usaha untuk mencipta negara Kurdistan yang berasingan,” kata Laksamana Gurdeniz dalam temu bual seperti yang dilaporkan oleh Sputnik.

Gurdeniz kemudian merujuk kepada permulaan peperangan rahsia dan menyatakan bahawa sepanjang konflik sebelum ini dan malah pada zaman kini, Barat tidak menyokong Turkiye.

Konflik berterusan juga terus berlaku di antara pentadbiran Turkiye dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Ankara pada tahun 1984.

Bekas Laksamana Tentera Laut Turkiye itu menjelaskan bahawa NATO dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menyokong Turkiye dalam konflik antara negara itu dengan PKK.

“Beberapa ribu orang telah meninggal dunia di tenggara Turki sejak 1984, banyak masalah dihadapi oleh Turkiye di kawasan  lain, tetapi kita tidak menerima sokongan daripada NATO atau EU,” katanya.

Anggota PKK

 

Gurdeniz juga mendakwa bahawa NATO mungkin akan menarik Ankara ke dalam konflik terbabit melalui krisis Ukraine.

Beliau juga menggelar Setiausaha Agong NATO, Jens Stoltenberg sebagai “boneka Amerika” dan itulah sebabnya beliau tergesa-gesa untuk mengiktiraf Ukraine sebagai ahli NATO.

Gurdeniz menuduh Amerika Syarikat dan United Kingdom “menggunakan” Ankara sejak tahun 1945 dan mendesak agar negara Mediterranean itu menyingkirkan “pergantungannya terhadap Anglo-Saxon” pada sebarang kos.

Bekas Laksamana Turki itu juga menyeru agar Turkiye membentuk persepakatan geopolitik dengan Russia, China, dan India serta memberi tumpuan untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China, and South Africa). — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

AncamanAnkaraBRICSfeaturedNATOTurkiye