(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkiye melancarkan dua buah buah kapal friget kelas-Istif, Izmir (F-516) dan Izmit (F-517) yang dibangunkan di bawah program pembangunan kapal perang kebangsaan untuk Tentera Laut Turkiye atau MILGEM.
Turkiye merancang membina sebanyak lapan buah kapal friget kelas-Istif di bawah program pembangunan MILGEM itu.
“Di bawah penyelarasan pihak Presidency of Defense Industries (SSB) dan kerjasama antara TAIS serta STM, friget kelas-ISTIF MILGEM kami, IZMIR (F-516) dan IZMIT (F-517), telah dilancarkan ke laut.”
“Kapal-kapal ini (friget kelas-Istif), yang akan ditempatkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Turkiye, akan memperkukuhkan kebebasan kita di lautan dengan kepakaran kejuruteraan tempatan dan meningkatkan keupayaan pertahanan kita ke tahap yang lebih tinggi,” kata Presiden SSB Haluk Görgün lagi dalam satu kenyataan.
Pembinaan kapal friget kelas-Istif yang keempat, Icel sedang dalam proses pembinaan.
Kapal-kapal friget kelas-Istif itu dibina di Limbungan Kapal Sefine, Anadolu, dan Sedef, yang merupakan rakan kerjasama TAIS.
Kedua-dua kapal friget kelas-Istif terbaru Turkiye yang dilengkapi dengan 80 peratus komponen dan teknologi tempatan, menyusuli pentauliahan kapal friget kelas-Istif yang pertama iaitu Istanbul (F-515) pada Januari tahun lepas.
Kapal-kapal friget kelas-Istif itu, Izmir (F-516) dan Izmir (F-517) itu dijangkakan akan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Turkiye pada 2026 dan 2027.
Kapal-kapal friget kelas-Istif Tentera Laut Turkiye itu mempunyai berat 3,000 tan, panjang 113.2 meter dan lebar 14.4 meter.
Program pembinaan kapal frigat Kelas-Istif itu dilancarkan bagi membina empat buah frigat untuk menggantikan kapal friget kelas-YAVUZ yang sudah usang menjelang pertengahan tahun 2020-an.
Dibangunkan di bawah program MILGEM, kapal friget kelas-Istif itu merupakan versi yang diperbesarkan daripada kapal korvet Anti-Kapal Selam kelas-ADA.
Kapal friget kelas-Istif mempunyai kapasiti bahan api dan jarak operasi/pelayaran yang lebih besar kira-kira 50 peratus berbanding kapal-kapal korvet kelas-ADA.
Berikut adalah spesifikasi teknikal utama bagi Kapal Frigat Kelas İstif:
-
Panjang Keseluruhan: 113.2 meter
-
Lebar Maksimum: 14.4 meter
-
Draught: 4.05 meter
-
Berat: 3,100 tan
-
Kelajuan Maksimum: 29+ knot
-
Kelajuan Pelayaran: 14 knot
-
Jarak Pelayaran: 5,700 batu nautika pada 14 knot
-
Sistem Propulsi: Gabungan Diesel dan Gas (CODAG) yang terdiri daripada 2 enjin diesel MTU dan 1 turbin gas LM2500, memacu 2 aci dengan kipas boleh laras (CPP)
-
Krew: 123 orang
Persenjataan:
-
Sistem Peluru Berpandu Pelancar Menegak (VLS): 16 sel MIDLAS untuk peluru berpandu permukaan-ke-udara seperti keluarga HISAR
-
Peluru Berpandu Anti-Kapal: 16 peluru berpandu ATMACA (4 pelancar dengan 4 peluru berpandu setiap satu)
-
Meriam Utama: 1 × Meriam 76 mm Super Rapid
-
Sistem Senjata Dekat (CIWS): 1 × Aselsan GOKDENIZ 35 mm
-
Sistem Senjata Kawalan Jauh: 2 × Aselsan STOP 25 mm
-
Pelancar Torpedo: 2 × pelancar torpedo tiga laras 324 mm dengan torpedo ringan seperti MK-46M5 atau Orka
Sistem Sensor:
-
Radar Carian: CENK-400N 4D AESA
-
Radar Permukaan: ASELSAN ALPER-200N LPI
-
Radar Kawalan Tembakan: AKREP-300N (AKR-D Blok B-1/2)
-
Sistem Kawalan Tembakan Meriam Utama: TAKS-100/76GFCS
-
Sistem Kawalan Tembakan Peluru Berpandu Anti-Kapal: ATMACA 100/AFCS
-
Sistem Kawalan Tembakan Peluru Berpandu Pertahanan Udara: HİSAR 100N/FCS
-
Sistem Pengesan Optik-Elektro: AHTAPOT-100, PIRI-100 IRST
-
Sistem Sonar: FERSAH 100N/MF dipasang pada badan kapal
Keupayaan Udara:
-
Dilengkapi dengan dek pendaratan dan hangar untuk menampung helikopter S-70B Seahawk atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV)
Frigat Kelas İstif direka untuk menjalankan pelbagai operasi, termasuk peperangan anti-kapal selam, pertahanan udara, dan serangan permukaan, serta pengawasan maritim dan rondaan.
Kapal ini juga dilengkapi dengan teknologi halimunan untuk mengurangkan jejak radar dan meningkatkan keberkesanan dalam misi tempur. — DSA