Syarikat Pembina Kapal Turkiye Mana Akan Bina LMS Batch 2 Untuk TLDM?

Sumber-sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa, syarikat-syarikat pembina kapal Turkiye yang sedang dinilai oleh Kementerian Pertahanan itu adalah STM,Dearsan Shipyard, ASFAT dan TAIS Shipyard yang mengemukakan beberapa rekabentuk kapal LMS Batch 2 untuk memenuhi keperluan TLDM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pertahanan sedang melakukan “due diligence” (audit) terhadap beberapa syarikat pembina kapal Turkiye sebelum memutuskan syarikat mana yang akan membekalkan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perolehan tiga buah kapal LMS Batch 2 yang pertama untuk TLDM itu akan dilakukan secara Government-to-Government (G-to-G) di antara kerajaan Malaysia dan Turkiye bagi mengelakkan perolehan kapal-kapal itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang kelewatan sebagaimana dialami oleh projek pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Tiga buah LMS Batch II untuk TLDM itu dijangka akan mula dibina pada tahun depan manakala lima buah lagi akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030), menjadikan keseluruhanya kapal LMS Batch 2 yang bakal dimiliki oleh TLDM kepada lapan buah.

TLDM sudah pun memiliki empat buah kapal LMS Batch 1 yang diperolehinya daripada China.

Berbanding dengan empat buah kapal LMS Batch 1 yang hanya dilengkapi meriam kecil, kapal-kapal LMS Batch II yang bakal dibina itu bersaiz lebih besar dan lebih berat serta dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM).

Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Sebab itulah nilai keseluruhan kapal-kapal LMS Batch 11 dijangka lebih RM6 bilion berbanding hanya RM1 bilion untuk empat buah kapal LMS Batch 1.

Tiga buah kapal pertama LMS Batch 2 itu dijangka menelan belanja RM2.4 bilion.

Sumber-sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa, syarikat-syarikat pembina kapal Turkiye yang sedang dinilai oleh Kementerian Pertahanan itu adalah STM,Dearsan Shipyard, ASFAT dan TAIS Shipyard  yang mengemukakan beberapa rekabentuk kapal LMS Batch 2 untuk memenuhi keperluan TLDM.

Rakyat Malaysia akan hanya tahu tentang rekabentuk kapal LMS Batch 2 pilihan TLDM atau syarikat pembina kapal Turkiye yang mana akan membina kapal itu pada awal tahun depan.

Semasa berucap di Dewan Rakyat beberapa hari lepas, Menteri Pertahanan menyatakan bahawa sejumlah RM235 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2024 untuk memulakan proses pembinaan tiga buah kapal LMS Batch 2 dengan syarikat pembina kapal Turkiye itu.

Menurut sumber industri pertahanan negara, syarikat STM masih kekal sebagai pilihan utama untuk memenangi kontrak itu dengan rekabentuk kapal korvet kelas-Ada.

Kapal LMS TLDM yang keempat “KD Rencong” yang dibina oleh syarikat China, CSOC untuk TLDM.

 

Kapal korvet kelas-Ada ini merupakan kapal korvet anti-kapal selam dan peronda yang dibangunkan khusus untuk Tentera Laut Turki dibawah program pembinaan kapal kebangsaan, MILGEM.

Kapal korvet kelas-Ada ini dijana oleh sistem Combined Diesel and Gas (CODAG) terdiri daripada satu gas turbin dan dua gas diesel bagi membolehkan kapal mencapai kelajuan maksimum 30 knot dan beroperasi pada radius 3,500 batu nautika dalam kelajuan 15 knot.

Ia boleh membawa 93 orang krew kapal.

Dengan panjang keseluruhan kapal 99.56 meter, kapal korvet kelas-Ada memiliki berat 2,400 tan.

Kapal dilengkapi dengan sistem pengurusan peperangan “GENESIS” yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat pertahanan Turki iaitu, HAVELSAN, Electronic Chart Precise Integrated Navigation System (ECPINS), Integrated Platform Management System (IPMS), SMART-S Mk2 search radar, X-band radar dan fire control radar. 

Manakala daripada segi persenjataan pula, ia dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm Super Rapid, dua Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm dan lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal Harpoon atau Atmaca yang dibangunkan oleh Turki sendiri. (peluru berpandu anti-kapal akan digantikan dengan NSM jika syarikat STM dipilih)

Rekabentuk Korvet C92 oleh Dearsan Shipyard

 

Kapal kelas-Ada juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-pesawat, RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dan dua pelancar torpedo 324 mm Mk. 46. 

Bagi Dearsan Shipyard yang berpangkalan di Istanbul pula, ia menawarkan rekabentuk LMS 92 yang berdasarkan kepada rekabentuk korvet C92 yang memiliki panjang 91 meter dan berat keseluruhan  1,600 tan.

Kapal korvet C92 oleh syarikat Turki ini mampu meluncur selaju 26 knot dengan radius operasi 3000 batu nautika.

Kapal korvet ini mampu  membawa 100 orang anak kapal terdiri daripada pegawai dan lain-lain anggota.

Misi utama kapal korvet C92 rekaan Dearsan Shipyard adalah anti-submarine warfare, anti-surface warfare,anti-air warfare dan lain-lain,manakala misi secondary pula termasuklah pengumpulan perisikan, rondaan/iringan, peperangan tidak simetri dan mencari dan menyelamat.

Bagi sistem persenjataannya pula, kapal korvet C92 ini dilengkapi dengan pelbagai senjata daripada meriam utama 76mm, 30mm, 25mm, peluru berpandu anti-pesawat, peluru berpandu anti-kapal, torpedo dan lain-lagi.

Rekabentuk Corvette 100 Bora oleh syarikat TAIS
Kapal korvet Tentera Laut Turkiye daripada kelas-Ada.

 

Pada tahun lepas, Tentera Laut Turkmenistan telah mentauliah satu daripada tiga buah kapal korvet C92 yang dibina oleh Dearsan Shipyard dengan rakan kerjasamanya, Gulhan.

Bagi syarikat TAIS Shipyard, ia dipercayai menawarkan rekabentuk Corvette 100 Bora yang memiliki panjang keseluruhan 100 meter, berat 2,400 tan dengan kelajuan maksimum 29 knot manakala boleh menempatkan 115 anak kapal.

Kapal Corvette 100 Bora itu direka untuk melaksanakan operasi ISR, anti-surface warfare, anti-air warfare, anti-submarine warfare, operasi keselamatan maritime, kawalan sempadan, pertahanan wilayah dan operasi maritim di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Satu lagi syarikat pembina kapal Turkiye yang berpeluang besar memenangi kontrak daripada Malaysia adalah ASFAT yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Turkiye.

Ia dijangka turut menawarkan rekabentuk korvet kelas-Ada sebagaimana yang dibinanya untuk Tentera Laut Turkiye dan Tentera Laut Pakistan.– DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
featuredKapalLMSTLDMTurkiye
Comments (0)
Add Comment