Thailand Tolak F-16 Block 70 dan Pilih JAS39 Gripen E/F Untuk Tentera Udaranya

Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) dilaporkan telah pun membuat keputusan untuk memilih pesawat pejuang JAS39 Gripen yang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Saab Group berbanding pesawat pejuang F-16 Block 70 yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) dilaporkan telah pun membuat keputusan untuk memilih pesawat pejuang JAS39 Gripen yang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Saab Group berbanding pesawat pejuang F-16 Block 70 yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat.

Perkara itu dinyatakan oleh sumber kepada akhbar utama Thailand, Bangkok Post baru-baru ini.

Menurut akhbar itu lagi, Panglima RTAF ACM Phanphakdee Phattanakul telah mengemukakan perincian tentang pesawat pejuang JAS39 Gripen E/F dan F-16 Block 70 kepada Menteri Pertahanan Sutin Klungsang dan Perdana Menteri Srettha Thavisin untuk membuat keputusan.

Panglima RTAF telah mengesyorkan kerajaan Thailand supaya memilih pesawat pejuang buatan Sweden itu berbanding pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat.

Beliau dan pegawai-pegawai kanan RTAF telah pergi ke Parlimen negara itu pada Rabu lepas untuk membentangkan cadangan belanjawan bagi cabang angkata tentera Thailand memandang Belanjawan bagi 2025 akan bermula pada 1 Okt depan.

Ditanya oleh pemberita, ACM Phanphakdee memberitahu  bahawa telah berbincang dengan Menteri Pertahanan negara itu tentang keperluan untuk memperolehi pesawat pejuang baru untuk RTAF.

Royal Thai Air Force (RTAF)”Gripen”

 

Beliau berkata, Menteri Pertahanan akan mengemukakan cadangan oleh RTAF itu kepada Perdana Menteri.

“Tentera Udara Diraja Thailand masih belum memilih jenis pesawat pejuang pilihannya  pada masa ini, “ menurut Panglima Tentera Udaranya itu ketika ditanya oleh wartawan baru-baru ini.

RTAF mengoperasikan kira-kira 50 buah pesawat pejuang F-16 dan 11 buah pesawat pejuang JAS39 Gripen pada ketika ini.

Bulan lepas, syarikat SAAB telah membuka pintu kemudahannya di Sweden untuk para pengamal media Thailand bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat kemudahan canggih itu, sebagaimana dilaporkan oleh Bangkok Post.

Lawatan media Thailand itu turut dibawa melawat kemudahan pembinaan pesawat pejuang Gripen E/F, varian terkini pesawat pejuang itu yang ditawarkan kepada RTAF.

Sebenarnya tanda-tanda bahawa Thailand akan memiih pesawat pejuang Gripen telah pun kelihatan jelas sejak beberapa bulan lalu, tetapi ia semakin kelihatan baru-baru ini dengan kunjungan Panglima RTAF ACM Phanpakdee Phattanakul dan pegawai-pegawai tinggi yang lain ke Sweden pada awal Mei untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pengurusan kanan SAAB.

F-16 Block 70

 

Pada akhir Mei pula, Pengerusi Jawatankuasa Angkatan Tentera di Parlimen Thailand Wiroj Lakkhanadisorn juga mengadakan kunjungan ke negara Scandinavia itu untuk tujuan yang sama, iaitu mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pengurusan kanan syarikat SAAB.

Sementara itu Pengarah Kempen Gripen Thailand Robert Bjorklund sebagaimana dipetik oleh akhbar utama Thailand itu berkata syarikat SAAB menawarkan kepada Thailand jaringan sistem penderia fusion (networked sensor fusion) dan tiga jenis radar yang canggih.

Radar-radar canggih yang ditawarkan untuk melengkapi pesawat pejuang Gripen E/F Thailand itu adalah Raven ES-05-AESA, Skyward G-IRST and Mode 5-IFF.

Mengenai sistem data link pula, beliau berkata, pesawat pejuang Gripen E/F yang ditawarkan kepada Thailand itu adalah bersesuaian dengan sistem datalink Link-16 dan juga sistem datalink yang dibangunkan sendiri oleh RTAF iaitu Link-TH.

Persaingan  di antara F-16 Block 70 dan juga Gripen-E itu telah pun disahkan oleh RTAF ACM Phanpakdee Pattankul baru-baru ini.

“Sejak amat mustahil untuk membeli pesawat pejuang F-35 sebagaimana dirancang, pilihan telah dikecilkan kepada Gripen-E dan F-16 Block 70,” kata beliau.

“Sejak amat mustahil untuk membeli pesawat pejuang F-35 sebagaimana dirancang, pilihan telah dikecilkan kepada Gripen-E dan F-16 Block 70,” kata beliau.

 Menurutnya lagi, daripada tujuh skuadron Tentera Udara Thailand pada ketika ini pesawat-pesawat pejuang tiga buah skuadron miliknya akan ditamatkan perkhidmatannya kerana pesawat pejuang telah berusia dan usang.
Setiap skuadron memiliki 12 buah pesawat pejuang dan pesawat-pesawat pejuang barunya itu akan menggantikan pesawat yang ditamatkan khidmat.
Pembelian pesawat pejuang baru Thailand itu akan bermula pada Oktober tahun depan dengan perolehan empat buah pesawat pejuang awal diikuti dengan pesawat yang lain. — DSA

 

featuredGripenSwedenThailand