Tentera Darat Terima Mortar 81mm, Sub Machine Gun

Menurut Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), di antara aset-aset yang diterima oleh tentera darat hari ini termasuklah 48 unit mortar 81mm dan 155 unit Sub Machine Gun (SMG) 9mm.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat telah menerima beberapa aset baru hari ini bagi mengukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan dan memastikan ia sentiasa berada pada tahap tertinggi setiap masa dan keadaan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman diiringi Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Logistik Tentera Darat Mej Jen Hj Rusni Saad telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP).

Pegawai-pegawai kanan Tentera Darat dan wakil-wakil syarikat yang terlibat turut hadir.

Gambar kredit BTDM
Gambar kredit BTDM

 

Menurut Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), di antara aset-aset yang diterima oleh tentera darat hari ini termasuklah 48 unit mortar 81mm dan 155 unit Sub Machine Gun (SMG) 9mm.

Kesemua 155 Sub Machine Gun itu akan digunakan oleh anggota Grup Gerak Khas (GGK) dalam operasi Close Quarter Battle (CQB) dan operasi Counter-Terrorist (CT).

Tender perolehan 155 unit SMG itu diiklankan pada 2021 dan melihatkan daripada gambar, Kementerian Pertahanan telah memilih Sub Machine Gun Sig Sauer MPX 9mm.

(Gambar kredit BTDM)
Gambar kredit BTDM

 

Menurut maklumat di dalam iklan tender terbabit, ia menyebut bahawa GGK memerlukan Sub-Machine Gun yang reliable dan tepat untuk digunakan dalam keadaan Close-Quarter Battle dan operasi Counter-Terrorist (CT).

Selain kedua-dua aset itu, tentera darat turut menerima 38 unit trak tiga tan GS Kargo, 12 unit kenderaan penarik meriam, 79 unit boat trailer, 33 unit assault boat dan 40 unit Out Boat Motor (OBM) 60HP.

Majlis penyerahan ini semestinya memenuhi Teras Pertama Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu Peningkatan Kesiagaan.

(gambar kredit BTDM)
Gambar kredit BTDM

 

Tentera Darat telah menerima beberapa perolehan baru untuk kegunaan Tentera Darat bagi suku kedua tahun 2023.

Perolehan baru secara berperingkat sejak awal 2023 lalu menjadikan kesiagaan Tentera Darat sentiasa berada di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana.  — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

AsetfeaturedMortarPerolehanSub Machine GunTentera Darat
Comments (0)
Add Comment