Tentera Darat Malaysia Guna Hovercraft Fast Interceptors “SALAMANDER” Mulai Oktober Ini

Bercakap kepada agensi berita nasional, Bernama, Pengurus Pembangunan Perniagaan IDC Technologies Sdn Bhd Lt Kol (B) Shahrulamir Abd Rahman Tentera Darat Malaysia dijangka akan menerima baki empat lagi buah hovercraft pada Oktober tahun depan.
Tentera Darat Malaysia Guna Hovercraft Fast Interceptors “SALAMANDER” Mulai Oktober Ini
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia akan menerima dua daripada enam buah Hovercraft Fast Interceptors pada Oktober ini, menandakan buat pertama kali pasukan itu mengoperasikan hovercraft dalam sejarahnya.
Bercakap kepada agensi berita nasional, Bernama, Pengurus Pembangunan Perniagaan IDC Technologies Sdn Bhd Lt Kol (B) Shahrulamir Abd Rahman Tentera Darat Malaysia dijangka akan menerima baki empat lagi buah hovercraft pada Oktober tahun depan.
Hovercraft Fast Interceptors yang bakal digunakan oleh Tentera Darat Malaysia itu akan menerima nama tempatannya, SALAMANDER.
“Ini perolehan dan pengalaman pertama TDM dalam mengendalikan dan mengoperasikan hoverkraf,” katanya.
Syarikat IDC Technologies memenangi tender untuk membekalkan enam unit hoverkraf pada Januari lepas bernilai RM20.37 juta.
Kontrak tiga tahun itu meliputi membekal, menghantar, menguji dan mentauliah.
Syarikat IDC Technologies akan membekalkan hoverkraf keluaran syarikat Airlift Hovercraft Pty Ltd yang berpangkalan di Queensland, Australia bagi model Kaiman atau SALAMANDER bagi perolehan ini.
SALAMANDER
(kredit Airlift Hovercraft)
Syarikat Airlift Hovercraft menyifatkan Kaiman (SALAMANDER) direka khas sebagai sebuah hoverkraf serbaguna yang praktikal, sesuai digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR), ketenteraan mahupun industri.
Ia memiliki keupayaan membawa muatan yang baik, mudah dibawa ke lokasi operasi, senang dikendalikan serta dibina dengan ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Shahrulamir berkata syarikat Bumiputera itu juga akan melaksanakan kursus pengendalian kepada anggota Tentera Darat Malaysia, melibatkan anggota teknikal dan pengendali bagi memastikan pengoperasian hoverkraf itu kelak berjalan lancar.
Hovercraft SALAMANDER berkemampuan memuatkan 10 orang termasuk dua pengendali dan lapan penumpang merupakan aset amfibia (dua alam) yang boleh bergerak di darat dan air.
Hoverkraf berkenaan mampu bergerak pantas atas air dan darat dengan minimum masa pengoperasian tujuh jam pada cruising speed tanpa pengisian semula minyak.
Ia boleh mencapai kelajuan 40 hingga 60km sejam dan berkemampuan membawa muatan seberat 700kg hingga 900kg.
Ia sekali gus membolehkan aset itu digunakan untuk pelbagai operasi khas ketenteraan seperti kerja penyusupan atau pendaratan pantas dan sesuai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
(kredit Airlift Hovercraft)
(kredit Airlift Hovercraft)
Hoverkraf itu juga boleh digunakan bagi operasi Military Operation Other than War (MOOTW), termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) seperti menyelamat mangsa banjir dan sangat berguna untuk operasi di kawasan yang sukar diakses seperti pantai, paya, atau kawasan dilanda banjir.
Shahrulamir juga memaklumkan bahawa syarikatnya juga aktif menyertai beberapa tender Kementerian Pertahanan serta bercadang mengambil bahagian tender perolehan aset strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa hadapan.
DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

HovercraftIDC TechnologiesSALAMANDERTDM
Comments (0)
Add Comment