Browsing tag

Russia

[Video] “Terminator” Bakal Diserap Ke Dalam Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan kemampuan yang ditonjolkannya di Syria, tentera Russia kini menimbang kemungkinan untuk menyerap perkhidmatan kenderaan bantuan kereta kebal yang dinamakan sebagai “Terminator” di dalam angkatan tenteranya. Baru-baru ini, tentera Russia menerima lapan buah “Terminator” untuk menjalani ujian lanjut sebelum diterima masuk dalam perkhidmatan. Guards Tank Division di Central Military District merupakan […]

Sistem EW Russia, “Krasukha” vs Dron Turki. Siapa Pemenang?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun tidak didedahkan kepada umum, tetapi Russia dipercayai mengerahkan sistem peperangan elektroniknya ke Syria dan Libya untuk menangani serangan yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat tanpa pemandu (UAV) terutamanya daripada Turki. Perkara sama juga dipercayai berlaku di Nagorno-Karabakh di mana tentera Russia didakwa memberi bantuan secara “senyap-senyap” kepada tentera Armenia untuk mematahkan serangan […]

[Video] Etnik Armenia Bakar Rumah, Kosongkan Kubur

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Etnik Armenia yang terpaksa meninggalkan Nagorno Karabakh selepas gencatan senjata telah membakar rumah-rumah mereka bagi mengelak ianya diduduki oleh musuh-musuh mereka iaitu penduduk Azerbaijan. Mereka mungkin beranggapan, biar rumah mereka hangus terbakar daripada ianya diduduki oleh “musuh.” Sebelum rumah-rumah yang diduduki mereka selama puluhan tahun itu dibakar, mereka telah melonggokkan barangan […]

Filipina Sah Beli Helikopter Mil Mi-171 Buatan Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rasanya tidak sampai seminggu admin melaporkan tentang penerimaan lima buah helikopter Sikorsky S-70i pertama Filipina daripada 16 buah yang dipesan, dan kini negara jiran kita itu membeli helikopter lain pula untuk kegunaan angkatan tenteranya. Dilaporkan negara itu telah memutuskan untuk membeli 16 buah helikopter Mil Mi-171 buatan Russia bernilai US$268 juta […]

[Video] Rakaman Penembakan Jatuh Mi-24 “Hind” Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Saksikan detik-detik terakhir sebuah helikopter bersenjata milik tentera Russia daripada jenis Mil Mi-24 “Hind” ditembak jatuh oleh peluru berpandu lancaran bahu (shoulder launch) di kawasan sempadan Armenia dengan Azerbaijan. Penembakan jatuh helikopter Russia oleh tentera Azerbaijan berlaku hanya beberapa jam sebelum Armenia dan Azerbaijan menandatangani perjanjian gencatan senjata yang menamatkan perang […]

[Video] Perang Nagorno-Karabakh Tamat, Azerbaijan Menang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lebih daripada sebulan berperang, akhirnya tentera Azerbaijan yang dibantu oleh kepakaran ketenteraan Turki berjaya mencapai kemenangan mutlak di Nagorno-Karabakh. Genjatan senjata yang ditandatangani oleh Azerbaijan dan Armenia hasil usaha Russia menyaksikan tentera Armenia berundur daripada Nagorno-Karabakh dan Azerbaijan kekal di wilayah yang dimenanginya dalam perang selama enam minggu. Selain berundur […]

[Video] “Murmansk-BN”, Sistem EW Paling Berkuasa Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia memiliki pelbagai jenis sistem persenjataan dan salah satu daripada sistem yang jarang-jarang didedahkan kepada media adalah yang melibatkan kemampuan sistem peperangan elektroniknya (Electronic Warfare). Ok, nama sistem peperangan elektronik milik Russia ini adalah “Murmansk-BN” dan dikatakan ia adalah sistem EW yang paling berkuasa di dalam angkatan tentera negara itu. Selain […]

Armenia Cuba Heret Russia Ke Perang Nagorno-Karabakh

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Risiko konflik di Nagorno-Karabakh merebak dan melibatkan negara-negara lain di rantau Kaukasus itu meningkat apabila Armenia secara rasmi telah meminta bantuan daripada Russia. Ini selepas, Armenia mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Azerbaijan di Nagorno Karabakh, yang diiktiraf sebagai milik Baku tetapi majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Armenia. Jika Russia […]

[Video] Russia Lancar Ujian Peluru Berpandu Anti-Satelit “Gazelle”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Russia telah menjalankan ujian pelancaran sistem peluru berpandu 53T6M di lapang sasar Sary-Shagan di Kazakhstan, semalam. Sistem peluru berpandu yang diuji semalam menurut penganalisis senjata Barat dikenali sebagai “Gazelle” yang berfungsi untuk menangkis serangan peluru berpandu ballistik terhadap Russia. Ujian pelancaran semalam dikatakan adalah sebahagian daripada usaha Russia untuk menambah […]

Russia Bakal Campurtangan di Nagorno Karabakh?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Armenia dan sekutu mereka di wilayah Nagorno-Karabakh sejak kebelakangan ini nampaknya telah merungsingkan Russia. Sebagai rakan di dalam pakatan ketenteraan Collective Security Treaty Organisation (CSTO), Russsia mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan Armenia, walaupun pada masa yang sama ia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Azerbaijan. […]