[VIDEO] Kereta Kebal Utama Russia, “T-14 Armata” Sudah Bersedia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas selesai melaksanakan segala ujian terhadap kereta kebal utamanya yang terbaru, T-14 Armata, Russia kini sudah bersedia untuk memulakan pembuatan secara besar-besaran (serial productions) kereta kebal generasi akan datang itu.

Menurut media tempatan Russia, kumpulan pertama 100 kereta kebal utama T-14 Armata akan dibekalkan kepada 2nd Guards Tamanskaya Motor Rifle Division pada tahun ini, sebelum diikuti oleh divisyen-divisyen kereta kebal yang lain dalam angkatan tentera Russia.

Kereta kebal utama T-14 Armata membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai pada 2015 ketika raptai sambutan Victory Parade pada March 2015.

Kereta kebal utama tentera Russia itu direkabentuk oleh syarikat pertahanan Russia, Uralvagonzavod bermula pada tahun 2013 dengan prototaip pertama kereta kebal utama yang mempunyai berat di antara 48 tan hingga 49 tan itu telah diserahkan kepada tentera Russia pada 2015. Berbanding kereta kebal utama Amerika Syarikat seperti Abrams yang mempunyai berat sehingga 60 tan, maka T-14 Armata boleh dikategorikan sebagai kereta kebal bersaiz sederhana di mata pemerhati pertahanan Barat.

T-14 Armata ini dilengkapi dengan meriam 125mm smoothbore dengan autoloader dan 32 butir peluru yang sedia digunakan, bagaimanapun keseluruhannya ia membawa 45 butir peluru.

Selain ia juga dilengkapi dengan satu remote weapon station yang terletak di atas turret serta satu mesingan 7.62mm.

Ok mengenai armornya pula, kereta kebal utama T-14 Armata itu dilengkapi dengan Explosive Reactive Armor (ERA) yang baru, tetapi komposisi armor itu adalah rahsia besar Angkatan Tentera Russia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

M1 AbramsRussiaT-14 ArmataTamanskaya Motor Rifle Division
Comments (0)
Add Comment