Apa Itu “SOKS” Diguna Russia Untuk Kesan Kapal Selam Musuh

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada akhir 1980-an, Soviet Union mendakwa ia berjaya mengesan kapal selam nuklear Amerika Syarikat, USS Simon Bolivar, yang dianggap sebagai suatu kejayaan yang besar kerana selama ini ramai beranggapan ia adalah mustahil (terutama dunia Barat).

Kejayaan mengesan kapal selam Amerika itu dicapai oleh kapal selam Soviet Union dikenali nama, K-147 daripada kelas “Victor”.

Kapal selam K-147 kelas-Victor Tentera Laut Russia.

Amerika Syarikat pada ketika itu percaya kapal selam nuklearnya tidak boleh dikesan oleh Soviet Union kerana beranggapan teknologi sonar untuk mengesannya yang dimiliki oleh negara Komunis itu ketinggalan.

Namun laporan rahsia oleh CIA pada 1972 yang hanya didedahkan pada 2017 menyatakan Soviet Union mempunyai cara lain (unconventional) untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa menggunakan sonar pun. Sistem bukan sonar yang dibangunkan oleh Soviet Union itu dinamakan “System Obnarujenia Kilvateranovo Sleda” atau SOKS. Kapal selam K-147 Soviet itu dikatakan telah pun dilengkapi dengan sistem SOKS sejak 1969.

Sistem SOKS pada kapal selam Russia.

Walaupun tahu tentang kewujudan SOKS, tetapi Amerika dan sekutunya masih belum mengetahui secara mendalam mengenai sistem itu dan Russia masih memegang kuat rahsia tentang SOKS ini.

Sistem SOKS ini dipasang di kapal-kapal selam Russia dan sistem itu kelihatan seperti benda-benda tajam (spike) atau gerigi yang merupakan jalan penyelesaian di luar kotak oleh Soviet Union untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa perlu bergantung pada sistem sonar, sama ada pasif atau aktif.

Dalam laporan rahsia CIA itu, salah satu instrumen SOKS itu mengesan apa yang dipanggil “activation radionuclides”, iaitu mengesan radiasi lemah yang dihasilkan oleh rektor nuklear kapal selam itu.

Instrumen lain SOKS pula dipanggil “gamma ray spectrometer” yang berfungsi mengesan kesan-kesan radioaktif di dalam air laut.

Soviet Union terlebih dahulu menggunakan sistem SOKS terhadap kapal selam nuklearnya sendiri untuk memastikan keefektifannya sebelum mengerahkan agar sistem digunakan untuk mengesan kapal-kapal selam musuh.

Laporan rahsia Amerika itu juga mendedahkan bagaimana kapal selam nuklear meninggalkan campuran kimia dalam alunan ombak (wake) yang dihasilkannya ketika belayar.

Antara bahan kimia yang dihasilkan apabila kapal selam nuklear itu bergerak itu termasuklah logam zinc daripada bahan anti karat kapal selam itu dengan instrumen SOKS itu juga dikatakan berkemampuan mengesan partikel nickel yang terhasil daripada air laut yang digunakan untuk mendinginkan rektor nuklear kapal selam.

Rektor nuklear kapal selam memerlukan ribuan gelen air sejuk untuk menyejukkannya.

SOKS juga mampu mengesan hydrogen yang dihasilkan oleh sistem oksigen untuk krew kapal selam walaupun ia telah larut dalam air laut.

Walaupun bahan-bahan kimia yang terhasil itu adalah dalam jumlah yang amat kecil tetapi sistem yang canggih mampu mengesan kehadirannya.

Dan itulah yang dilakukan oleh Soviet Union dan Russia dalam mengesan kapal selam nuklear Amerika Syarikat.

Ia adalah penyelesaian “out of box” Soviet Union/Russia yang amat tidak disangka-sangka oleh Amerika Syarikat. Kita perlu ambil iktibar…

— DEFENCE SECURITY ASIA

"System Obnarujenia Kilvateranovo SledaAmerika SyarikatKapal SelamRussia
Comments (0)
Add Comment