Pesawat Tentera Singapura Tingkatkan Kekerapan Pencerobohan – Dakwa Ahli Parlimen
Pesawat-pesawat tentera Singapura didakwa meningkatkan kekerapan pencerobohan mereka terhadap ruang udara negara ini di Johor sejurus selepas kerajaan mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas bagi melakukan semakan semula undang-undang terhadap kes membabitkan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.