China Tidak Senang Tindakan Jepun Ubahsuai “Izumo” Dan “Kaga”
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan berat hampir 28, 000 tan, Multi-Purpose Destroyers “Izumo” dan “Kaga” adalah kapal terbesar yang dimiliki oleh Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Kedua-dua kapal yang dianggarakan bernilai lebih US$1 billion setiap satu telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.