Maritim Malaysia Bakal Peroleh Kapal Misi Pelbagai Guna Bernilai RM350 Juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diperuntukkan sejumlah RM350 juta untuk perolehan sebuah kapal misi pelbagai guna (Multi Purpose Mission Ship), menurut Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.