Browsing tag

Laut China Selatan

Kapal Friget Tentera Laut Perancis “Prarial” Berlabuh di Teluk Cam Ranh, Vietnam

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal friget Tentera Laut Perancis, “Prarial” berlabuh di Pelabuhan Teluk Cam Ranh di Vietnam, dalam satu lagi usaha negara Barat menentang usaha China menguasai keseluruhan Laut China Selatan.

Kehadiran kapal friget Perancis di Vietnam itu adalah selepas sebuah lagi kapal friget dan kapal selam berkuasa nuklear negara “Emeraude” itu mengadakan latihan dengan kapal-kapal Tentera Laut Indonesia di Selat Sunda bulan lepas.

Pesawat Tentera Amerika Lakukan 1,000 Penerbangan Intipan Di Laut China Selatan Tahun Lepas

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sepanjang tahun lepas (2020), tentera Amerika Syarikat dikesan melakukan kira-kira 1,000 penerbangan peninjauan dan pengintipan di Laut China Selatan, menurut laporan yang disediakan oleh badan bukan kerajaan China.

Dalam laporan bertajuk “An Incomplete Report on US Military Operations in the South China Sea in 2020,” badan bukan kerajaan itu South China Sea Probing Initiative berkata, penerbangan itu dilakukan daripada beberapa pangkalan udara.

Jerman Hantar Kapal Friget “FGS Hamburg” Ke Laut China Selatan Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jerman akan menghantar sebuah kapal friget tentera lautnya, “FGS Hamburg” ke Laut China Selatan pada pertengahan tahun ini, mengikuti jejak langkah beberapa buah negara Eropah lain yang turut menghantar kapal perang mereka ke perairan dipertikai itu.

Dan seperti biasa, tindakan Jerman itu tidak disenangi oleh China yang mendakwa sebahagian besar daripada perairan itu adalah miliknya, di atas faktor sejarah.

[VIDEO] Operasi Kapal Selam Nuklear Amerika Syarikat, “USS Ohio” Di Pasifik

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada minggu lepas, admin ada menyiarkan artikel mengenai kehadiran kapal selam berkuasa nuklear “USS Ohio” di Lautan Pasifik termasuk kemungkinan di Laut China Selatan yang sebahagian besarnya dituntut oleh China.

Semalam, Tentera Laut Amerika Syarikat dalam tindakan yang jarang-jarang dilakukannya telah menyiarkan video pendek tentang aksi “USS Ohio” di Lautan Pasifik, kemungkinan sengaja dilakukan sebagai suatu “amaran” kepada pihak tertentu di rantau Pasifik. Siapakan gerangannya?

China Gusar Kehadiran Kapal Selam Kuasa Nuklear “USS Ohio” Di Laut China Selatan?

Sejak beberapa bulan lepas, Amerika Syarikat telah menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat dan beberapa buah kapal pemusnah (destroyer) ke Laut China Selatan sebagai amaran kepada China.

Kapal-kapal perang Amerika Syarikat ini belayar hampir dengan Kepulauan Spratly dan Paracel yang didakwa Beijing sebagai miliknya dalam operasi pelayaran yang dipanggil “Freedom of Navigation Operation” (FONOP).

10 Buah Pesawat Pengebom H-6 China Lakukan “Simulasi Serangan” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dilapor mengadakan latihan tentera di Laut China Selatan baru-baru ini,  melibatkan simulasi serangan oleh sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pengebom Xian H-6J dan H-6H terhadap beberapa “sasaran maritim” di Laut China Selatan. Menurut akhbar nasionalis China “Global Times” yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera China berkata, latihan itu menunjukkan negara Komunis […]

USS Nimitz, USS Theodore Roosevelt Adakan Latihan Bersama Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana dijangka oleh admin, dua buah kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan, tindakan yang disifatkan memberi amaran kepada Beijing untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya di perairan itu. Komander U.S 7th Fleet mengeluarkan gambar-gambar latihan bersama antara kedua-dua carrier […]

Kapal Pengangkut Pesawat, USS Nimitz Berada Di Kepulauan Spratly?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz dan kapal-kapal pengiringnya, USS Princeton dan USS Sterett dipercayai berada di barat Kepulauan Spratly di Laut China Selatan ketika ini. Perkara itu didedahkan oleh South China Sea Probing Initiative (SCSPI), sebuah badan pemikir yang dianggota oleh akademik di Universiti Peking di Beijing. Menurutnya, kedudukan […]

Kapal Friget China “Sambut” USS Nimitz Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak lama selepas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Nimitz memasuki Laut China Selatan, Beijing dipercayai telah mengerahkan sebuah kapal perangnya ke perairan itu untuk “menyambut” kehadiran kapal berkuasa nuklear milik Uncle Sam itu. Sebagaimana dilaporkan oleh akaun Twitter pemerhati pertahanan Indonesia @Jatosint hari ini, kapal bekalan (oiler replenishment) tentera laut […]