USS Nimitz, USS Theodore Roosevelt Adakan Latihan Bersama Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana dijangka oleh admin, dua buah kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan, tindakan yang disifatkan memberi amaran kepada Beijing untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya di perairan itu.

Komander U.S 7th Fleet mengeluarkan gambar-gambar latihan bersama antara kedua-dua carrier battle group itu hari ini. (Latihan bersama ini mungkin berlaku dua-tiga hari lepas tetapi gambar baru dikeluarkan hari ini).

Gambar kredit U.S 7th Fleet

Kapal-kapal dan pesawat daripada kedua-dua carrier battle group mengadakan “dual carrier operations” di lautan yang sibuk untuk menunjukkan kemampuannya beroperasi di kawasan yang mencabar.

Sebagai sebahagian daripada “dual carrier operations”, kedua-dua battle group melaksanakan pelbagai latihan dengan matlamat untuk meningkatkan interoperabiliti antara aset-aset dan kemampuan kawalan serta pemerintahan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak U.S 7th Fleet hari ini.

Gambar kredit U.S 7th Fleet

Kali terakhir kedua-dua carrier battle group itu, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt mengadakan “dual carrier operations” adalah pada 21 June, 2020 bertempat di Laut Filipina.

Manakala kali terakhir dua buah kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan adalah pada July, 2020 melibatkan USS Nimitz juga dan USS Ronald Reagan.

USS Nimitz sedang dalam pelayaran pulang ke Bremerton, Washington selepas menamatkan misi selama 241 hari di Timur Tengah.

Kapal pengangkut pesawat itu singgah di Laut China Selatan, yang Beijing dakwa sebahagian besar adalah miliknya,

USS Nimitz dipercayai meninggalkan Laut China Selatan selepas “dual carrier operations” itu bersama USS Theodore Roosevelt, menuju ke Guam sebelum ke tanahair.

Carrier Battle Group 9 terdiri  daripada USS Theodore Roosevelt, Carrier Air Wing 11, kapal cruiser kelas-Ticonderoga “USS Bunker Hill” dan kapal-kapal destroyer kelas-Arleigh Burke, USS Russel dan USS John Finn.

Manakala Carrier Battle Group 11 pula terdiri daripada USS Nimitz, Carrier Air Wing 17, kapal perang cruiser USS Princeton dan kapal destroyer kelas Arleigh Burke “USS Sterett.”

U.S 7th Fleet ini adalah armada terbesar tentera laut Amerika Syarikat meliputi di antara 50 hingga 70 buah kapal perang dan kapal selam meliputi barat Pasifik dan Lautan Hindi dan beroperasi secara rutin beroperasi dengan 35 buah negara.

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaLaut China SelatanLaut FilipinaUSS NimitzUSS Theodore Roosevelt
Comments (0)
Add Comment