Tentera Laut Amerika Beri Dua Buah Kapal Peronda Terpakai Pada Filipina
Amerika Syarikat telah “memindahkan” dua buah kapal peronda miliknya yang telah ditamatkan khidmat kepada Tentera Laut Filipina, bagi memperkuatkan lagi kemampuan negara Asia Tenggara itu dalam memastikan perairan littoralnya bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan pencerobohan oleh elemen-elemen asing.