China Tawar Beri Dua Buah Kapal Selam Terpakai Pada Thailand
China dilapor menawarkan pemberian dua buah kapal selam terpakai kepada Thailand bagi membolehkan anggota tentera laut negara jiran itu memulakan latihan pengoperasian kapal selam.
Browsing tag
China dilapor menawarkan pemberian dua buah kapal selam terpakai kepada Thailand bagi membolehkan anggota tentera laut negara jiran itu memulakan latihan pengoperasian kapal selam.
Sebuah kapal selam Russia telah bertindak melanggar sonar yang sedang ditunda oleh kapal perang British, HMS Northumberland ketika melakukan operasi anti-kapal selam di kawasan perairan utara Atlantik (Artic Circle).
Tentera Thailand dijangka tidak akan memohon peruntukan untuk memperolehi dua lagi buah kapal selam kelas-Yuan “S26T” buatan China pada belanjawan tahun 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober tahun ini.
Baru-baru ini media Jerman telah mendedahkan bahawa jiran selatan kita, Singapura telah menambah perolehan sebuah lagi kapal selam Type 218SG yang dibangunkan oleh Thyssenkrupp Marine Systems Shipyard (TKMS), menjadikan keseluruhan kapal selam Type 218SG yang bakal dioperasikan oleh tentera lautnya kepada lima buah.
Myanmar memperolehi kapal selamnya yang kedua, ehsan daripada “penyokong terkuatnya” iaitu China yang “menghadiahkan” negara Asia Tenggara dengan sebuah kapal selam diesel elektrik.
Dikala Malaysia masih lagi “tersekat” di angka dua, Singapura dilaporkan terus menambah perolehan sebuah lagi kapal selam, Type 218SG yang dibangunkan oleh syarikat Jerman, Thyssenkrupp Marine Systems (TMS) untuk kegunaan tentera lautnya.
Selepas ANZUS (1951) dan QUAD (2007), tanggal 15 September 2021 telah meningkatkan lagi ketegangan di rantau Indo-Pasifik apabila Amerika Syarikat mengumumkan penubuhan AUKUS (Australia, United Kingdom dan United States) sebagai satu pakatan strategi untuk meningkatkan kerjasama militeri dan teknologi di antara tiga kuasa besar dunia.
Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima banyak tawaran dan permohonan daripada tentera-tentera laut negara luar yang mahu mengadakan latihan dengan kapal-kapal selam “Scorpene” kelas-Perdana Menteri negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.
Baru-baru ini Tentera Laut Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kapal selam berkuasa nuklear kelas-Seawolf “USS Connecticut” miliknya terlibat dalam kemalangan apabila ia terlanggar “objek tidak diketahui” di dasar Laut China Selatan pada 2 Oktober lalu, menyebabkan 11 krew mengalami kecederaan.
Sudah 12 tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengoperasikan dua buah kapal selam kelas-Perdana Menteri daripada jenis “Scorpene” yang diberi nama “KD Tunku Abdul Rahman” dan “KD Tun Abdul Razak.”