China Hadiahkan “Kawan Baik” Myanmar Sebuah Kapal Selam

Beijing merupakan penyokong utama rejim tentera Myanmar dipimpin oleh Jeneral Myint Aung Hlaing, yang telah memberikan sebuah kapal selam diesel elektrik kelas Type 035 atau kelas-Ming, membawa bilangan kapal selam dioperasi oleh Tentera Laut Myanmar kepada dua buah ketika ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Myanmar memperolehi kapal selamnya yang kedua, ehsan daripada “penyokong terkuatnya” iaitu China yang telah “menghadiahkan” negara Asia Tenggara dengan sebuah kapal selam diesel elektrik.

Pada masa ini, Myanmar dan Thailand merupakan pengguna kapal selam buatan China di Asia Tenggara.

Beijing merupakan penyokong utama rejim tentera Myanmar dipimpin oleh Jeneral Myint Aung Hlaing, yang telah memberikan sebuah kapal selam diesel elektrik kelas Type 035 atau kelas-Ming, membawa bilangan kapal selam dioperasi oleh Tentera Laut Myanmar kepada dua buah ketika ini.

Dikala kerajaan tentera Myanmar itu menerima kecaman hebat daripada masyarakat dunia akibat rampasan kuasa daripada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi Februari tahun lepas,  Beijing muncul sebagai penyokong kuat tentera Myanmar.

Beijing turut mempertahankan kerajaan tentera Myanmar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggunakan kuasa veto untuk “mendiamkan” desakan-desakan daripada masyarakat dunia yang mahu Myanmar kembali mengamalkan sistem demokrasi dan tenteranya membebaskan Aung San Suu Kyi.

China merupakan pembekal utama senjata kepada rejim di Myanmar daripada peluru berpandu anti-kapal C-802 kepada pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) JF-17 “Thunder” dan pesawat pengangkut Shaanxi Y-8.

Tentera Laut Myanmar telah menamakan kapal selam diterimanya daripada China itu,”UMS Minye Kyaw Htin” dan pemerhati hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara berjiran itu akan menjadi lebih akrab.

Menurut media tempatan, pemberian kapal selam daripada China itu akan digunakan sebagai “stop gap” sebelum Myanmar memperolehi kapal selamnya sendiri,dimana Beijing atau Russia dijangka menjadi calon utama pembekalnya.

Kapal selam UMS Minye Kyaw Htin seberat 2,100 tan juga bakal menjadi platform latihan untuk bakal-bakal krew kapal selam Myanmar.

India turut menghadiahkan sebuah kapal selam jenis Kilo buatan Russia kepada Myanmar Mac tahun lepas.

 

Ia mampu membawa sehingga 57 krew dan beberapa jenis persenjataan termasuk lapan butir torpedo 533mm, peluru berpandu anti-kapal dan periuk api.

Ia boleh mencapai kelajuan 18 knot dan menyelam sehingga 300 meter.

Sebenar kapal selam kelas-Ming buatan China ini adalah direkabentuk hasil kapal selam Romeo buatan Russia.

Tentera Laut Bangladesh turut menggunakan dua buah kapal selam kelas Type 035G yang diperolehinya daripada China pada 2013 bernilai US$200 juta (RM800 juta), yang merupakan kapal selam pertama negara Asia Selatan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

ChinaKapal SelamMyanmarType 035
Comments (0)
Add Comment