Kapal Friget HMAS Anzac Milik Australia “Tidak Sesuai” Untuk TLDM – Khaled Nordin
Kementerian Pertahanan tidak berminat untuk memperolehi kapal friget HMAS Anzac (FFH-150) berusia 28 tahun yang baru sahaja dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Australia pada Mei lalu untuk menampung keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).