Faktor Enjin Bakal Menyebelahi “Tejas”, “FA-50” Dalam Saingan FLIT/LCA TUDM?
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Laporan media tempatan baru-baru mengatakan bahawa enam buah syarikat pembuat pesawat disahkan menyertai tender terbuka Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 18 buah pesawat Fighter Lead-In/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM4 bilion.