Browsing tag

Filipina

Filipina Terima Kapal Friget Kedua “Antonio Luna”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal friget kedua kelas-Jose Rizal Tentera Laut Filipina, “Antonio Luna” telah tiba di Filipina selepas pelayaran yang memakan beberapa hari daripada limbungan kapal milik Hyundai Heavy Indutries yang bertanggungjawab membinanya di Korea Selatan. Kapal friget “Antonio Luna” akan menyertai kapal friget pertama Filipina “BRP Jose Rizal” yang telah tiba di negara […]

[VIDEO] Filipina Beli Sembilan Buah Bot Laju “Shaldag Mk-5” Dari Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Filipina telah mengumumkan pembelian sembilan buah bot serang laju (fast attack craft – FAC) jenis “Shaldag Mk-5” daripada Israel Shipyards. Kontrak bernilai US$128 juta (RM512 juta) juga merangkumi kerja-kerja menaiktaraf Cavite Naval Shipyard. Kontrak G-to-G ini ini membuktikan lagi kerjasama hubungan kerjasama pertahanan antara Filipina dengan Israel, yang sebelum […]

PGA Tawau Rampas “Life Jacket” Dipercayai Milik Tentera Negara Jiran

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Dalam satu operasi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira empat hari lepas, tiga lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua rakyat negara jiran telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Sungai Melayu Pulau Sebatik. Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mohd Yacob Bin Murad berkata […]

Kapal Friget Filipina Guna Peluru Berpandu Anti-Kapal “SSM-700K Haeseong”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kedua-dua kapal friget Tentera Laut Filipina kelas Jose Rizal iaitu BRP Jose Rizal dan BRP Antonio Luna bakal dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat yang dibangunkan oleh Korea Selatan dan konglomerat pertahanan Eropah. Kedua-dua kapal friget Filipina itu dibina oleh firma Hyundai Heavy Industries (HHI) di bawah Frigate Acquisition Program […]

Antara Senjata Dan Vaksin COVID-19 Untuk Rakyatnya, Filipina Pilih Senjata?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media sebelum ini, Filipina telah berbelanja berbilion-bilion dollar untuk membangunkan ketiga-tiga cabang angkatan tentera daripada darat, udara dan laut. Daripada dua buah friget baharu yang dibelinya daripada Korea Selatan, cadangan membeli kapal selam “Scorpene” daripada Perancis, hasrat mendapatkan pesawat F-16, helikopter penyerang A129 ATAK daripada Turki, […]

Filipina Semakin Hampir Peroleh Kapal Selam “Scorpene”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Setiausaha Luar Filipina Teddy Locsin dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter miliknya mengatakan bahawa negara itu akan mendapatkan dua buah kapal selam “Scorpene” bagi tentera lautnya. Jika ciapan beliau itu benar, maka Filipina akan menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Malaysia yang menggunakan kapal selam diesel-elektrik “Scorpene” buatan Perancis. “We’re […]

Anggota Polis Filipina Bunuh Dua Beranak Selepas Bertengkar

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembunuhan dua beranak oleh seorang anggota polis Filipina di pekan Tarlac, utara Manila telah membangkitkan kemarahan penduduk negara itu tentang dakwaan  keganasan anggota polis terhadap orang awam. Pembunuhan dua beranak oleh anggota itu telah berjaya dirakam dan tersebar di media social negara itu. Kejadian pembunuhan kejam itu berpunca akibat pertengkaran antara anggota […]

Amerika Sumbang Senjata Bernilai RM2.8 Bilion Pada Filipina Sejak 2015

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina telah menerima peralatan tentera bernilai 1.3 bilion Peso (US$29 juta) daripada Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan kemampuannya menentang pencerobohan luar serta menangani kumpulan-kumpulan pengganas. Sumbangan peralatan ketenteraan kepada Filipina itu telah disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Pertahanannya Christopher Miller kepada Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana. Peralatan-peralatan ketenteraan yang disumbangkan termasuk raifal penembak […]

Filipina Mahu Beli Peluru Berpandu “Brahmos” Tapi …

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Minggu lepas, kecoh satu dunia tentang laporan berita bahawa negara jiran kita iaitu Filipina bakal menjadi negara pertama yang akan membeli peluru berpandu kruis buatan India/Russia, “Brahmos”. Laporan berita daripada India dan Filipina mengatakan perjanjian pembelian “Brahmos” untuk tentera Filipina itu akan ditandatangani pada sidang kemuncak di antara Presiden India Narendra […]

Amerika Derma Senjata Bernilai RM75 juta Kepada Filipina

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah mendermakan pelbagai senjata bernilai US$18 juta (RM75.6 juta) kepada kerajaan Filipina bagi membantunya menangani ancaman militan Islam di selatan negara itu. Sistem persenjataan itu termasuk bom-bom pintar (precision guided munitions) diserahkan kepada Menteri Luar Filipina Teddy “Boy” Locsin oleh Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Robert O’ Brien. […]