Browsing tag

Filipina

China Mahu Duduki Lebih Banyak Kawasan Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China mempunyai perancangan untuk menduduki lebih banyak kawasan di perairan Laut China Selatan, merujuk kepada kehadiran kira-kira 200 buah bot militia maritim negara itu di Julian Felipe Reef (Whitsun Reef) yang terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina.

Apa Sahaja Yang Ada Di Laut China Selatan Adalah Milik Republik Rakyat China…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam media Filipina melaporkan tentang kehadiran 220 buah bot militia maritim China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu berhampiran Julian Felipe Reef (Union Reef) di bahagian barat Laut Filipina.

Manila telah pun mengemukakan protes kepada China meminta Beijing supaya menghentikan pencerobohan bot-bot terbabit, sambil mengerah pesawat-pesawat serta kapal perondanya untuk memantau keadaan.

Filipina Kesan Kehadiran 220 “Bot Nelayan” China Di Dalam Kawasan Perairan ZEE Negara Itu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Filipina telah mengesan kehadiran 220 buah bot “militia maritime” China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Julian Felipe Reef (Union Reef) di bahagian barat Laut Filipina.

Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorezana yang mengesahkan kehadiran begitu banyak bot China berkata, ia adalah satu tindakan yang provokatif dan usaha menjadikan ia kawasan tentera.

Filipina Semakin Hampir Untuk Miliki Peluru Berpandu “BrahMos”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina dan India menandatangani perjanjian yang menjadikan impian Manila untuk memiliki peluru berpandu “BrahMos” bagi memperkuatkan pertahanan pesisir pantai semakin menjadi realiti.

Peluru berpandu “Brahmos” yang mampu membedil sasaran sehingga 250km hingga 300km adalah hasil usahasama di antara India dan Russia.

China Sedang Bina “Pangkalan Tentera Yang Lengkap” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar satelit terbaru menunjukkan China sedang membina “pangkalan tentera yang lengkap” di salah sebuah pulau buatan manusia yang didudukinya secara haram di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Imej satelit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat software, Simularity menunjukkan pembinaan beberapa buah infrastruktur untuk menempatkan radar, antenna komunikasi di pulau buatan manusia […]

Pasukan Khas Polis Filipina Pilih Kenderaan “AMIR 4×4 MRAP” Dari Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan lepas, pasukan polis negara jiran kita iaitu Filipina telah pun mula menerima sebahagian daripada 16 buah kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) dipanggil “AMIR 4×4” untuk kegunaan pasukan khas polis mereka. Kenderaan AMIR 4×4 MRAP itu dibangunkan oleh syarikat Israel, GAIA Automotive Industries Ltd. Untuk membolehkan kenderaan ini dibekalkan […]

Filipina Tingkat Aset Tentera Laut Di Laut China Selatan Untuk Lindungi Nelayannya

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina akan mengerah lebih banyak aset dan anggota tentera lautnya ke Laut China Selatan untuk melindungi nelayannya, berikutan pengenalan undang-undang pengawal pantai China yang baru. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Panglima Angkatan Tentera Filipina yang baru Lt Gen Cirilito Sobejana. Undang-undang pengawal pantai China itu membenarkan kapal-kapal pengawal pantai negara itu melepaskan […]