Luftwaffe Bakal Guna F-35 Block 4 Untuk Bawa Bom Nuklear B-61
Pesawat pejuang F-35 bakal mendapat pelanggan baru selepas agensi berita antarabangsa, Reuters mendakwa kerajaan Jerman bakal memilih pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin itu untuk menggantikan pesawat Panavia Tornado yang digunakan oleh Tentera Udara negara itu yang juga dipanggil “Luftwaffe.”