Kapal China “Pintas”, “Shadow” Kapal Jepun Di Beting Patinggi Ali?
Keadaan di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) semakin panas dengan kapal pengawal pantai Jepun turut dilaporkan berada di situ, berkemungkinan untuk memantau aktiviti kapal pengawal pantai China, CCG 5303 yang dilaporkan telah berada di perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas milik negara sejak 12 Januari lepas.