Browsing tag

ATM

[VIDEO] MILDEF HMAV4x4 Bawa Harapan Industri Pertahanan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat MILDEF International Technologies Sdn Bhd adalah syarikat tempatan milik 100 Bumiputera dan mereka telah membelanjakan jutaan ringgit daripada kocek sendiri untuk menghasilkan kenderaan tempur “HMAV 4×4”.

Kenderaan tempur tempatan itu telah pun menjalani uji nilai yang dijalankan oleh ATM dan STRIDE.

Latihan Elemen Tinjau, Sniper Kompeni Pandura (Para)

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Empat pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah melaksanakan Latihan Kepakaran dan Kompetensi Elemen Tinjau dan Sniper Kompeni PANDURA (Para) bermula daripada 1 hingga 7 Mac 2021 di Lapangsasar Gemas/Asahan.

Tujuan latihan adalah untuk memperbaiki serta meningkatkan Standard Operating Procedure (SOP) Elemen Tempur Tim dan Platun.

Panglima 10 Bgd Para Sertai Penerjunan Bebas Tempur

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai tujuh pegawai dan 14 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kompeni Tinjau 10 Briged (10 Bgd) (Para) terlibat dalam Latihan Penerjunan Bebas Tempur yang diketuai oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal di Zon Gugur (ZG) NANGKA.

Latihan pada 4 Mac 2021 dilakukan secara stand off dan on target dari ketinggian 10,000 kaki.

PULADA Adakan Demonstrasi Kuasa Tembakan 2021

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah mengadakan Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) Tahun 2021 di Lapang Sasar Tembak Tempur Tim pada 25 Feb 2021. Demonstrasi diadakan untuk memberi pendedahan kepada Penuntut Kursus di PULADA berkenaan jenis senjata bantuan yang terdapat di peringkat Seksyen hingga Batalion serta memperlihatkan cara aturgerak senjata bantuan […]

Tentera Darat Terima Helikopter Tempur Ringan MD-530G Pada Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penantian selama beberapa tahun untuk melihat helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) jenis MD-530G berada di negara ini bakal berakhir apabila Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima aset terbarunya itu Ogos ini. Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia […]

[VIDEO] Panglima Tentera Darat Pandu Uji “All Terrain Vehicle”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri  Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op BENTENG kepada Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat bertempat di Padang Motor Cross, Serikin, Sarawak hari ini. Majlis tersebut melibatkan penyerahan aset bagi pelaksanaan Op BENTENG melibatkan All Terrain Vehicle (ATV), Trak 1 Tan GS […]

Lepas Mesyuarat, Berlari 2.5 KM Tempuh 10 Halangan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesyuarat Panglima 10 Bgd (Para) Siri 1/21 telah berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Feb yang lepas dan apa yang mereka lakukan selepas bermesyuarat ………..berlari sejauh 2.5 kilometer sambil menempuh 10 jenis halangan!!! Lepas mesyuarat berlari pula sejauh 2.5 kilometer dalam acara Tachtlon dan ia diketuai sendiri oleh Panglima […]