Lepas Mesyuarat, Berlari 2.5 KM Tempuh 10 Halangan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesyuarat Panglima 10 Bgd (Para) Siri 1/21 telah berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Feb yang lepas dan apa yang mereka lakukan selepas bermesyuarat ………..berlari sejauh 2.5 kilometer sambil menempuh 10 jenis halangan!!!

Lepas mesyuarat berlari pula sejauh 2.5 kilometer dalam acara Tachtlon dan ia diketuai sendiri oleh Panglima 10 Bgd (Para) itu sendiri Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal, selepas beliau mempengerusikan mesyuarat terbabit yang diadakan secara sidang video.

Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

Larian Tachtlon itu telah berlangsung di Rimba Para melibatkan melibatkan semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan dan juga semua Pegawai Staf.

Acara diakhiri dengan Latihan Menembak Agility Shooting di Lapang Sasar Elektronik 400 meter dengan menggunakan senjata rifle M4 dan pistol. Penamat kepada Larian Tachtlon ini kemudian diserikan lagi dengan Upacara Pemakaian Pangkat Kapten kepada Pegawai Staf 3 Gerak MK 10 Bgd (Para), Lt Nafiq Afifi Jumaan yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para).

Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

Dalam amanat ringkas kepada semua Pemerintah dan Staf, Panglima 10 Bgd memberikan penekanan yang serius kepada peningkatan latihan penugasan Para, kesiagaan sebagai pasukan Rapid Deployment Force (RDF), kepimpinan, pembentukan dan pemeliharaan profil anggota Para.

Sementara itu tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara operasi, latihan, pentadbiran dan logistik bagi penggal pertama tahun 2021 selain menentukan hala tuju dan pelan tindakan 10 Bgd (Para) bagi tahun 2021 berada dilandasan yang betul bagi memacu kecemerlangan ketumbukan ini.

Selain daripada itu, ianya juga merupakan satu platform bagi Panglima 10 Bgd (Para) untuk menyatakan hasrat beliau secara lebih jelas kepada semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah Pasukan di bawah naungan.

Semua maklumat dan gambar adalah daripada Page Facebook Berita Tentera Darat Malaysia.

Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

10 Bgd ParaATMMalaysiaTentera Darat
Comments (0)
Add Comment