Amerika Batalkan Penjualan Helikopter “ATAK T-129” Buatan Turki Kepada Pakistan
DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dikatakan menghalang Turki daripada meneruskan penjualan kira-kira 30 buah helikopter penyerang ATAK T-129 kepada Pakistan, menurut agensi berita Bloomberg.
Bloomberg memetik kenyataan jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalin yang mengesahkan bahawa Washington menghalang penjualan helicopter penyerang buatan Turki itu kepada Pakistan diatas beberapa isu tertentu.