Russia Bangun Su-57 Untuk Jadi “Pesawat Pengangkut Dron Mini”

“Dron-dron mini yang digugurkan oleh pesawat pejuang Su-57 itu dipertanggungjawab untuk melaksanakan operasi-operasi offensif, pengawasan (reconnaissance) dan peperangan elektronik terhadap aset-aset offensif musuh.” -- media Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain membawa pelbagai bom dan peluru berpandu, pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 “Felon” juga dilapor sedang dibangunkan untuk membawa beberapa dron mini pelbagai guna untuk menjadi apa yang digelar oleh pemerhati pertahanan negara itu sebagai “pesawat pengangkut dron-mini” (mini-drone carrier). 

Dron-dron mini pelbagai guna ini akan “digugurkan” oleh pesawat pejuang terbabit ketika diudara untuk melaksanakan misi-misi yang telah diprogramkan terhadap “musuh”.

“Dron-dron mini yang digugurkan oleh pesawat pejuang Su-57 itu dipertanggungjawab untuk melaksanakan operasi-operasi offensif, pengawasan (reconnaissance) dan peperangan elektronik terhadap aset-aset offensif musuh.”

“Penguguran dron-dron mini oleh kumpulan pesawat pejuang Su-57 itu akan memastikan usaha-usaha menembus sistem pertahanan udara musuh dan memusnahkannya berjaya dilakukan dengan bantuan dron-dron mini itu, sekaligus membawa kekalahan kepada pihak musuh,” menurut agensi berita Russia, RIA Novosti dalam laporan baru-baru ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi dron sama ada untuk sektor ketenteraan atau awam telah berkembang dengan amat pesat sekali dengan pegawai kanan industri pertahanan Russia menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang dibawa oleh juruterbang kini digantikan dengan dron secara berperingkat.

Pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57

 

Dron-dron mini bukan sahaja boleh beroperasi secara autonomous tetapi juga beroperasi dengan dron-dron lain atau pesawat pejuang.

Pihak industri pertahanan Russia sedang aktif membangunkan sistem dron yang boleh bertukar-tukar maklumat dan bekerjasama dengan kumpulan pesawat-pesawar pejuang yang lain seperti Su-75 “Checkmate” yang sedang dibangunkan serta Su-57.

‘Kerjasama” ini membuka peluang kepada prospek kewujudan taktik penggunaan “drone swarm” – suatu konsep di mana dron-dron ini bekerjasama antara satu sama lain di dalam melaksanakan matlamat tertentu yang berlainan.

Dengan Amerika Syarikat sedang berusaha meningkatkan lagi keupayaan pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 Block 4 dengan pelbagai kelengkapan, Russia juga bertindak sama dengan menaiktaraf pesawat pejuang Su-57 dengan beberapa kemampuan pesawat pejuang generasi ke-enam.

Menurut agensi berita Russia,TASS,  pesawat Su-57 itu akan dinaiktaraf untuk memiliki kemampuan Artificial Intelligence (AI).

Juruterbang ujian di Sukhoi Design Bureau, Rafael Suleimanove dilaporkan berkata bahawa dengan penggunaan AI pada pesawat pejuang itu, ia akan membolehkan Su-57 “berbuat apa sahaja ketika di udara.”

Su-57

 

Pesawat-pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu juga direka untuk membawa pelbagai sistem persenjataan baru yang sedang dan akan dibangunkan oleh Russia.

Selain peralatan dalaman pesawat dan sistem persenjataan, pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu juga dijangka dilengkapi dengan enjin baru dikenali dengan nama “Izdeliye 30” yang membolehkan pesawat meluncur pada kelajuan supersonik tanpa menggunakan afterburner.

 Pada ketika ini, pesawat-pesawat Su-57 yang telah dibangunkan hanya menggunakan “enjin sementara” iaitu NPO Saturn Product 117 yang merupakan varian kepada enjin AL-41F-1S yang dibangunkan daripada enjin pesawat Su-35.

Menurut penganalisis, penggunaan enjin Izdeliye 30 itu akan meningkatkan daya tujahan (thrust) pesawat Su-57 itu dan keberkesanan penggunaan minyak, selain mengurangkan berat keseluruhan pesawat generasi kelima itu serta kerja-kerja penyelenggarannya.

Enjin Izdeliye 30

 

 Berlainan dengan pesawat generasi keempat, pesawat Su-57 boleh mengekalkan kelajuan supersonik sepanjang misi dilakukannya, walaupun sedang berhadapan dengan musuh.

“Pesawat generasi keempat berada dalam kelajuan subsonic dalam sebahagian besar masanya dan akan hanya berada pada kelajuan supersonik ketika melaksanakan misi kombat, tetapi pesawat Su-57 direkabentuk untuk terbang dalam kelajuan supersonik hampir sepanjang masa,” kata pegawai Sukhoi Design Bureau. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

DronfeaturedFelonRussiaSU-57