Sistem Pertahanan Udara Ultra Jarak Jauh Dengan “Kill Zone” 2,000KM Sasar Pesawat Pengebom Amerika

Sebagaimana dilaporkan baru-baru ini, Beijing nampaknya mahu mensasarkan pesawat-pesawat pengebom milik Amerika seperti B-1 "Lancer", B-2 "Spirit" dan B-52 "Stratofortress" yang kini “berkeliaran” di luar kawasan pesisir pantainya menerusi sistem pertahanan udara ultra-jarak jauhnya itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Saintis-saintis China dilaporkan telah membangunkan sistem pertahanan ultra-jarak jauh yang berkeupayaan menembak jatuh sasaran terutamanya pesawat-pesawat pengebom dan amaran awal (AEWC) daripada jarak sejauh 2,000km.

Peluru berpandu untuk sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh China itu dilaporkan menggunakan teknologi hypersonik manakala bahan apinya pula adalah bahan api pepejal (solid-fuelled).

Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post baru-baru ini, Beijing nampaknya mahu mensasarkan pesawat-pesawat pengebom milik Amerika seperti B-1 “Lancer”, B-2 “Spirit” dan B-52 “Stratofortress” yang kini “berkeliaran” di luar kawasan pesisir pantainya menerusi sistem pertahanan udara utra-jarak jauhnya itu.

Sistem pertahanan udara jarak jauh China dengan “zon pembunuh” (kill zone) sejauh 2,000km itu juga mensasarkan pesawat-pesawat pengintip Amerika dan sekutunya yang kerapkali menghampiri sempadannya dalam usaha mengumpul maklumat.

Sekiranya dakwaan tentang kemampuan sistem pertahanan udara jarak jauh itu adalah benar, maka “zon pembunuhnya” adalah tiga kali ganda jauh berbanding sistem pertahanan udara terjauh pada ketika ini iaitu S-500 milik Russia.

Peluru berpandu hypersonik “Feitian-1” yang dpercayai menjadi tulang belakang kepada sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh China.

 

Sistem pertahanan udara jarak jauh S-500 Russia itu memiliki “kill zone” sejauh 500km.

Pada ketika ini, China hanya menggelarkan kemampuan terbarunya sebagai sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh, namun, apa yang pasti sekiranya kewujudan sistem itu adalah benar maka ia memberikan kemampuan jauh lebih baik kepada Beijing untuk mengancam penerbangan-penerbangan provokatif pesawat pengebom dan pengintip Amerika dan sekutunya di perairan yang hampir dengan sempadannya.

Pada ketika ini, sistem pertahanan udara paling jauh yang dimiliki oleh China adalah HQ-9 dengan kill zone lebih daripada 100km jauhnya.

Menurut akhbar terbabit, pasukan saintis yang merekabentuk dan membangunkan sistem pertahanan ultra-jarak jauh itu diketuai oleh individu dikenali sebagai “Su Hua” daripada Northwestern Polytechnical University.

Ia juga memberitahu Angkatan Tentera China terlebih dahulu akan memberikan amaran kepada pesawat-pesawat yang disasarkannya bahawa mereka berhadapan kemungkinan ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh sekiranya mereka tidak berundur atau berpatah-balik.

“Pesawat-pesawat ‘musuh’ itu akan ditembak jatuh (oleh sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh) itu sekiranya mereka enggan berundur atau berpatah-balik.”

Sistem Pertahanan Udara “S-500 Prometheus”
Pesawat pengebom B-1B di Guam sebelum melakukan penerbangan di Laut China Selatan.

 

Akhbar itu berkata sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh China penting untuk mempertahankan kestabilan serantau dan antarabangsa.

Peluru berpandu hypersonik yang menjadi tulang belakang sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh China dikatakan hanya setinggi 8 meter dan memiliki berat 2.5 tan, selain menggunakan enjin ramjet dan bahan api pepejal (solid-fuel).

Pemerhati menyatakan bahawa sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh itu berkemungkinan menggunakan peluru berpandu hypersonik “Feitian-1” yang diuji dengan jayanya oleh universiti berkenaan dua tahun lepas.

Peluru berpandu hypersonik untuk sistem pertahanan udara ultra-jarak jauh itu dipandu secara real-time oleh satelit-satelit pemantau, sebelum peluru berpandu itu menggunakan sistem sensornya pada saat-saat akhir sebelum ia membedil sasarannya. — DSA

 

AmerikaChinafeaturedSistem Pertahanan Udara
Comments (0)
Add Comment