Peruntukan Pertahanan Singapura 2023 Cecah RM59.29 Bilion

Hampir kesemua peruntukan pertahanan Singapura tahun ini sebanyak S$17.98 bilion (RM59.29 bilion) akan disalurkan kepada Angkatan Tentera Singapura untuk pembayaran pembelian peralatan-peralatan ketenteraan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan kem-kem tentera.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, kerajaan Singapura telah membentangkan Belanjawan 2023 dan sektor pertahanan di republik itu telah menerima peruntukan sebanyak S$17.98 bilion (RM59.29 bilion). S$1=RM3.30

Peruntukan pertahanan Singapura pada tahun ini merupakan peningkatan berbanding peruntukan sebanyak S$16.36 bilion (RM53.94 bilion) diterimanya pada tahun lepas. 

Menurut laporan of portal The Straits Times,  hampir kesemua daripada peruntukan pertahanan pada tahun ini akan disalurkan kepada Angkatan Tentera Singapura untuk pembayaran pembelian peralatan-peralatan ketenteraan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan kem-kem tentera.

Selain itu peruntukan tahunan untuk pertahanan itu juga akan digunakan untuk bayaran gaji untuk anggota tetap tentera dan anggota National Servicement (NS).

Bagi tahun 2023, peruntukan pembangunan bagi Kementerian Pertahanan Singapura adalah sebanyak S$871.31 bilion (RM2.9 bilion) di mana ia akan dibelanjakan untuk projek-projek pembinaan yang sebelum ini terganggu akibat pandemik COVID-19.

Pesawat F-15SG Tentera Udara Singapura

 

Sudah tentu peruntukan pertahanan Singapura itu akan digunakan untuk membayar pembelian pesawat-pesawat F-35B (Short Take Off Vertical Landing) yang diperolehinya daripada Amerika Syarikat.

Singapura menerima kelulusan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 2020 untuk membeli empat buah pesawat F-35B, dengan opsyen membeli lapan lagi buah pesawat F-35B itu dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai US$2.75 bilion (RM11 bilion).

Tentera udara republik selatan tanahair itu dijangka mula menerima pesawat-pesawat pejuang generasi kelima buatan syarikat Lockheed Martin pada tahun 2026.

Sementara itu, bagi Kementerian Dalam Negeri Singapura pula, Belanjawan 2023 menyediakan peruntukan sebanyak S$8.29 bilion (RM27.3 bilion).

Kira-kira 88 peratus daripada peruntukan pada tahun ini atau S$7.27 bilion (RM24 bilion) itu akan digunakan untuk perbelanjaan operasi diikuti dengan pasukan polis republik itu menerima peruntukan sebanyak S$3.63 bilion (RM11.97 bilion).

Kereta Kebal Utama Leopard 2 milik Tentera Singapura.

 

Immigration and Checkpoints Authority (ICA) republik itu pula akan menerima S$1.1 bilion (RM3.63 bilion) manakala Offender Management and Rehabilitation Programme yang turut merangkumi Penjara dan Pertahanan Awam.

Penjara akan menerima peruntukan sebanyak S$694.61 juta (RM2.3 bilion) manakala Pertahanan Awam pula akan menerima S$670 juta (RM2.2 bilion).

Kementerian Dalam Negeri Singapura sebagaimana dilaporkan oleh The Straits Times itu akan membelanjakan sebanyak S$1.02 bilion (RM3.36 bilion) untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada tahun ini seperti Automated Border Control System yang akan dilaksanakan oleh ICA. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

belanjawanfeaturedpertahananPeruntukanSingapuraTentera
Comments (0)
Add Comment