Selepas Lima Tahun Membeli, Turkiye Akan Operasi S-400 Buat Pertama Kali di Sempadan Iraq

Jika benar Ankara akan mengerahkan sistem pertahanan udara buatan Russia itu sempadan Turkiye-Iraq pada musim panas ini, maka ia menandakan pengoperasian pertama kali sistem pertahanan udara S-400 sejak Turkiye memperolehi sistem pertahanan udara itu pada 2019.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lima tahun memperolehinya, Turkiye dilapor akan mengoperasikan sistem pertahanan S-400 “Triumf” buat pertama kali di sempadan negara itu dengan Iraq untuk operasi serangan terhadap kedudukan Parti Pekerja Kurdistan(PKK) di Kurdistan, yang dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara.

Jika benar Ankara akan mengerahkan sistem pertahanan udara buatan Russia itu sempadan Turkiye-Iraq pada musim panas ini, maka ia menandakan pengoperasian pertama kali sistem pertahanan udara S-400 sejak Turkiye memperolehi sistem pertahanan udara itu pada 2019.

Kemungkinan tentera Turkiye mengoperasi sistem pertahanan udara S-400 miliknya ke sempadan Iraq turut diperkatakan oleh media-media negara itu, yang mendakwa kerahan sistem itu bertujuan melindungi anggota tentera negara Mediterranean daripada ancaman dron-dron.

PKK dikatakan telah memperolehi dron-dron yang boleh mengancam kedudukan tentera Turkiye.

Bagaimanapun, fungsi utama sistem pertahanan S-400 direkabentuk untuk menangani ancaman-ancaman yang lebih seperti pesawat pejuang dan juga peluru-peluru berpandu kruis serta ballistik, sebagaimana yang dilancar oleh Iran terhadap Israel baru-baru ini.

Selepas lima tahun memperolehinya, Turkiye dilapor akan mengoperasikan sistem pertahanan S-400 “Triumf” buat pertama kali di sempadan negara itu dengan Iraq untuk operasi serangan terhadap kedudukan Parti Pekerja Kurdistan(PKK) di Kurdistan, yang dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara.

 

Beberapa penganalisis yang dipetik oleh media antarabangsa menyatakan bahawa sebab utama Turkiye mengerahkan sistem pertahanan udara S-400 di sempadan negara itu dengan Iraq sebenarnya adalah untuk melindungi Turkiye daripada sebarang ancaman peluru berpandu Iran.

Ini ditambah Iran telah pun melancarkan peluru-peluru berpandu ballistiknya terhadap kedudukan pihak-pihak yang bersekongkol dengan Israel di utara Iraq pada tahun lepas, mengorbankan anggota dan pemimpin kumpulan disokong oleh agensi perisikan Israel, Mossad.

Selain itu, sebagai negara anggota NATO Turkiye turut menempatkan beberapa pangkalan tentera NATO seperti di Incirlik yang merupakan antara pangkalan udara terpenting bagi Tentera Udara Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan proksi-Iran.

Mengguna ancaman dron daripada PKK itu kata mereka, merupakan hanyalah suatu alasan daripada Turkiye untuk mengerah sistem pertahanan udara S-400 bagi melindungi negara itu daripada ancaman peluru berpandu ballistik daripada Iran.

Turkiye membelanjakan sejumlah US$2.5 billion (RM11.5 bilion) untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia, dengan penghantaran sistem itu telah dilaksanakan oleh Moscow pada 2019.

S-400 “Triumf”

 

Pembelian dan penghantaran sistem pertahanan udara S-400 kepada Turkiye telah menimbulkan “kemarahan” NATO terutamanya Amerika Syarikat dan mendakwa sistem itu bukan sahaja tidak selari dengan sistem pertahanan udara NATO tetapi juga boleh digunakan oleh Russia untuk mengintip kemampuan sebenar pesawat pejuang generasi kelima, F-35.

Akibat kedegilannya untuk meneruskan pembelian sistem pertahanan udara S-400 itu, maka Turkiye telah “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 oleh Washington dan pembelian 100 buah pesawat F-35 oleh Ankara juga dibatalkan.

Turkiye telah menanggung kesan yang besar kerana berdegil untuk membeli sistem pertahanan udara S-400.

Walaupun Turkiye dikenakan pelbagai “hukuman” oleh Amerika Syarikat kerana tindakannya membeli sistem pertahanan udara buatan Russia itu, tetapi pada masa yang sama Ankara tidak pernah mengaktifkan S-400 sejak ia menerima sistem itu pada 2019.

Peluru berpandu terbaru 40N6 digunakan sistem pertahanan udara jarakjauh S-400 “Triumf”.

 

Amerika Syarikat dilaporkan telah memberi amaran kepada Turkiye supaya tidak mengaktifkan sistem pertahanan udara  S-400 itu, namun tidak dapat dipastikan sama amaran oleh Washington itu merupakan punca utama disebalik keputusan Ankara tidak mengaktifkan S-400.

Pemimpin-pemimpin pertahanan Turkiye menyatakan sistem S-400 miliknya itu tidak berhadapan dengan apa-apa masalah dan ia sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. — DSA

 

featuredIranS-400Turkiye