Selepas KM-SAM II, Iraq Kini Peroleh Pula Helikopter KUH Surion Dari Korea Selatan

Sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia pada awal tahun ini, KAI dan rakan tempatannya juga berminat untuk membekalkan helikopter utiliti, KUH Surion untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah menandatangani kontrak bernilai US$93 juta (RM417 juta) dengan kerajaan Iraq untuk membekalkan helikopter KUH (Korean Utility Helicopter) “Surion” keluarannya kepada negara Timur Tengah itu.
Syarikat Korea Selatan itu perlu membekalkan helikopter KUH Surion pada Mac 2029.
Pada ketika ini kira-kira 200 buah helikopter bersaiz sederhana KUH Surion sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Korea Selatan sejak 2012 di dalam pelbagai fungsi.
Helikopter KUH Surion adalah sebuah helikopter moden yang memiliki kelebihan berbanding helikopter-helikopter utiliti yang berada di pasaran pada masa ini.
Helikopter KUH Surion keupayaannya untuk beroperasi pada waktu siang dan malam serta dalam semua keadaan cuaca.
Helikopter keluaran KAI itu juga diintergrasikan dengan pembangunan terkini helikopter seperti penggunaan kokpit gelas digital, Automatic Flight Control Systems (AFCS), peta digital 3D, perancangan misi dan analisa, Health and Usage Monitoring System (HUMS) dan lain-lain.
KUH Surion
Ia juga dilengkapi dengan  sistem Night Vision Goggle (NVG) terkini selain kawalan penerbangan.
Dilengkapi dengan dua enjin, berkelajuan 146 knots, Maximum Take-off Gross Weight (MTOW)  8.7 tonnes, helikopter utiliti pelbagai guna itu berkemampuan membawa 13 orang penumpang termasuk dua juruterbang.
Sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia pada awal tahun ini, KAI dan rakan tempatannya juga berminat untuk membekalkan helikopter utiliti, KUH Surion untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Menurut sumber kepada DSA,  helikopter pelbagai guna KUH-1 Surion merupakan platform yang paling sesuai untuk melengkapkan Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Kerajaan negara Timur Tengah yang kaya dengan sumber minyaknya kini semakin menaruh keyakinan terhadap kemampuan industri pertahanan Korea Selatan dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan dan pertahanan dihadapinya.
Pada Sept lalu, kerajaan Iraq menyatakan bahawa ia akan memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II (Cheongung II) buatan Korea Selatan atau nama jolokannya “Korean Patriot”.
Sistem pertahanan udara Korea Patriot itu dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) Korea Selatan dan dibina oleh LIG Nex1.
Iraq menyertai dua negara Timur Tengah yang lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi yang lebih awal memutuskan untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana itu.
“KM-SAM II”
Iraq memperolehi lapan bateri sistem pertahanan udara itu, yang dianggarkan bernilai US$2.63 billion (RM11.3 billion).
Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II (Korea Patriot) itu adalah ianya merupakan satu-satunya sistem pertahanan udara jarak sederhana yang mempunyai DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.
Ia adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh firma pertahanan LIG Nex1 dan Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500. — DSA
 

 

 

featuredIraqKorea SelatanKUH Surion
Comments (0)
Add Comment