Russia Tawar MiG-35 Untuk Penuhi Keperluan FLIT/LCA TUDM

Pesawat MiG-35 Russia itu dijangka bakal bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang lain termasuk FA-50 daripada Korea Aerospace Industries (KAI), JF-17 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) and Chengdu Aircraft Corporation (CAC) daripada China serta Tejas daripada Hindustan Aeronautics Ltd (HAL).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia diberitakan akan turut serta dalam tender Kementerian Pertahanan bagi 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkara itu telah disahkan oleh Pengarah Russian Federal Service for Military-Technical Cooperation Dmitry Shugaev kepada agensi berita negara itu, Sputnik baru-baru ini.

“Pihak Russia sedang menimbangkan kemungkinan Rosoboronexport (agensi kerajaan Russia yang bertanggungjawab tentang export senjata) menyertakan pesawat pejuang MiG-35 bagi memenuhi tender TUDM bagi FLIT/LCA.”

“Kami merancang untuk mengemukakan cadangan itu (MiG-35) kepada rakan Malaysia kami pada bulan ini,” katanya kepada pemberita semasa Eastern Economic Forum (EEF) yang berlangsung di Vladivostok di timur jauh Russia.

Pada 2018,terdapat juga laporan bahawa Russia bersedia menawarkan pakej penjualan dua buah skuadron pesawat pejuang MiG-35 kepada Malaysia.

Dalam pakej penjualan itu, Moscow turut menawarkan untuk membeli semula kesemua pesawat MiG-29N yang pernah digunakan oleh TUDM.

Pada 22 Jun lepas, Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuka tender antarabangsa bagi 18 buah pesawat FLIT/LCA.

Tender antarabangsa itu akan ditutup pada 22 Sept ini.

Selepas 22 September, Kementerian Pertahanan akan menjalankan evaluation terhadap mana-mana pesawat yang difikirkan mereka bersesuaian untuk memenuhi keperluan TUDM.

18 buah ini adalah Batch Pertama, dengan Kementerian Pertahanan dijangka melakukan pembelian  18 buah lagi pesawat FLIT/LCA pada RMK-13, menjadikan kesemuanya 36 buah.

Tender untuk 18 buah pesawat FLIT-LCA bagi TUDM itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat FLIT/LCA yang sedang digunakan pada ketika ini iaitu Aermacchi MB-339CM serta pesawat satu tempat duduk Hawk 108 dan pesawat dua tempat duduk Hawk 208.

Pesawat MiG-35 Russia itu dijangka bakal bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang lain termasuk FA-50 daripada Korea Aerospace Industries (KAI), JF-17 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) and Chengdu Aircraft Corporation (CAC) daripada China serta Tejas daripada Hindustan Aeronautics Ltd (HAL).

Pesawat MiG-35 ini adalah susulan kepada pesawat MiG-29 yang turut digunakan oleh TUDM (tetapi kini telah ditamatkan perkhidmatannya).

MiG-35 adalah pesawat gen-4++. (dipanggil Fulcrum-F oleh NATO).

Ia sebenarnya adalah pesawat Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi dan operasi seperti air-to-air, air-to-ground dan lain-lain lagi.

MiG-35 ini memang sebuah pesawat pejuang multirole yang amat berkemampuan kerana dilengkapi dengan radar yang berkuasa tinggi Zhuk-E AESA (Active Electronically Scanned Array) yang memberikankannya keupayaan mengesan sasaran udara dan laut di antara 160km hingga 300km.

Enjinnya pula adalah RD-33MK yang dikatakan tidak mengeluarkan asap (sebagaimana MiG-29N TUDM dahulu) untuk mengurangkan infra-red signature.

Senjata yang mampu dibawanya adalah pelbagai daripada peluru berpandu anti kapal, KH-31A unutk maritime strike sehinggalah kepada bom KAB-500Kr (tv-guided).

Dengan peluru berpandu anti-kapal KH-31A, MiG-35 boleh menjadi aset yang padu di Laut China Selatan (sekiranya TUDM memerlukannya).

DEFENCE SECURITY ASIA

FLIT-LCAMiG-35TUDM
Comments (1)
Add Comment