(VIDEO) Russia Tampil Varian Eksport Su-57E Di Airshow China Buat Pertama Kalinya

(VIDEO) Buat pertama kalinya, Russia telah menampilkan varian eksport Su-57E dan senjata dibawanya pada Airshow China 2024 di Zhuhai.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pengalaman kombat yang dilalui oleh varian eksport pesawat pejuang Su-57E telah melayakkannya untuk dikategorikan sebagai pesawat pejuang generasi kelima, menurut ketua pegawai eksekutif Alexander Mikheyev ketika berada di Zhuhai untuk menghadiri Airshow 2024 di Zhuhai, China.
“Su-57E memenuhi segala keperluan sebagai pesawat pejuang generasi kelima. Kelebihan kompetitifnya yang utama adalah pengalaman kombat sebenar.”
“Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa ia telah beraksi dengan cukup baik dalam kombat. Pesawat pejuang itu adalah sistem persenjataan yang berkuasa tinggi dengan peluru berpandu terkini serta high survivability menerusi aspek low signature dan sistem pertahanan dalaman yang moden,” katanya.
Buat pertama kalinya, Russia telah menampilkan varian eksport Su-57E dan senjata dibawanya pada Airshow China 2024 di Zhuhai.
“Ia termasuklah peluru berpandu anti-radar Kh-58UShKE, peluru berpandu Grom-E1, bom udara (smart air bomb) K08BE dan bom glide UPAB-1500B-E. Penganalisis amat teruja dengan peluru berpandu kruis generasi baru, KH-69,” katanya.
Varian Su-57E turut mengadakan penerbangan demonstrasi pada pameran udara di Zhuhai itu dan ia adalah berdasarkan kepada Su-57 Felon.
Kehadiran varian eksport Su-57E di Airshow China, Zhuhai menunjukkan komitmen Russia mahu menarik perhatian pihak-pihak yang berminat untuk memperolehi pesawat pejuang Su-57 sebagai pesawat pejuang generasi kelima mereka.
Dengan maximum takeoff weight (MTOW) seberat 34,000 kg dan jarak operasi sehingga 7,800 km dengan in-flight refueling, pesawat pejuang Su-57E direkabentuk untuk ketahanan dan versatility.
Ia dilengkapi dengan dua enjin, setiap satunya menjana 14,500 kgf kuasa tujahan (thrust) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 1,350 km/h di “near-ground level”.
Pesawat pejuang itu dikategorikan sebagai “supermaneuverability” dan kemampuan supersonik untuk memenuhi keperluan pelbagai misi operator-operator di luar negara.
Sergey Bogdan
 Pesawat pejuang Su-57 merupakan pesawat pejuang generasi kelima yang direkabentuk untuk memusnahkan kesemua sasaran udara, daratan dan perairan selain memantau ruang udara daripada pangkalannya dan lain-lain.
Ia berkeupayaan membawa muatan persenjataan mencecah 10 tan.
Menurut juruterbang yang menerbangkan pesawat pejuang Su-57E pada pameran udara Airshow China 2024 itu, Sergey Bogdan, pesawat pejuang terbabit adalah amat stabil dan amat selamat.
“Demonstrasi mode yang amat ekstrim menunjukkan bahawa pesawat pejuang itu adalah amat stabil dan amat selamat. Apabila  berlatih dengan beberapa manuver tertentu, ia boleh menjadikan taktik teknikal yang baru seterusnya menjadikannya kelebihan kompetiif dalam kombat udara,” kata beliau. — DSA

featuredRussiaSu-57EZhuhai