(VIDEO) Ratusan Peluru Berpandu, Dron Berani Mati Iran Bedil Pelbagai Sasaran di Israel

(VIDEO) Video-video yang disiarkan di dalam media sosial menunjukkan bedilan-bedilan peluru berpandu Iran itu telah mengenai dengan tepat apa yang didakwa sebagai pangkalan-pangkalan utama tentera Israel di beberapa lokasi di dalam negara itu termasuk di padang pasir Negev yang menempatkan loji nuklearnya di Dimona.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran telah melancarkan ratusan peluru berpandu ballistik dan dron-dron berani mati terhadap beberapa kedudukan tentera dalam Israel bagi membalas dendam serangan udara rejim Tel Aviv terhadap bangunan kedutaannya di Damsyik, Syria yang membunuh tiga orang Jeneralnya tempoh hari.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah Iran melancarkan serangan secara langsung terhadap Israel dan berkemungkinan besar akan menyebabkan konflik di Timur Tengah merebak melibatkan beberapa negara lain di rantau dan juga kuasa besar.

Jurucakap tentera Israel Brigadier Jen Daniel Hagari mengesahkan Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ballistik dan dron berani mati terhadap Israel yang mengenai beberapa lokasi termasuk di padang pasir Negev yang menempatkan pangkalan tentera udara utamanya.

Video-video yang disiarkan di dalam media sosial menunjukkan bedilan-bedilan peluru berpandu Iran itu telah mengenai dengan tepat apa yang didakwa sebagai pangkalan-pangkalan utama tentera Israel di beberapa lokasi di dalam negara itu termasuk di padang pasir Negev yang menempatkan loji nuklearnya di Dimona.

Setakat ini Tel Aviv tidak menyatakan dengan jelas impak terhadap infrastruktur ketenteraaan dialaminya hasil darpada serangan Iran itu.

Tentera Israel menganggarkan serangan oleh Iran itu merangkumi kira-kira 200 dron berani mati dan peluru berpandu.

Penduduk Israel sebagaimana dipetik oleh media-media negara itu menyatakan bahawa mereka mendengar letupan berulang-kali di udara berkemungkinan akibat bedilan peluru berpandu sistem pertahanan udara Iron Dome terhadap dron atau peluru berpandu ballistik Iran itu.

Mereka telah diarahkan untuk berlindung di kubu-kubu pertahanan.

Stesen-stesen televisyen Israel menyatakan bahawa tentera negara itu akan bertindak balas dengan hebat terhadap serangan peluru berpandu dan ballistik daripada Iran hari ini, yang bakal menjerumuskan lagi Timur Tengah ke dalam pusingan konflik tanpa henti.

“Sekiranya Israel melakukan kesalahan lagi, tindakan Iran akan lebih pedih lagi,” menurut wakil Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat tidak perlu campur tangan dan tindakan hari ini adalah respons terhadap serangannya terhadap bangunan kedutaan Iran di Syria.

Iran menganggap serangan peluru berpandu dan dron berani mati hari ini “telah selesai.”

Sementara itu laporan-laporan turut menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang dan sistem pertahanan udara Amerika Syarikat yang ditempatkan di pangkalan tenteranya di Syria turut terlibat dalam usaha menembak jatuh peluru-peluru berpandu dan dron berani mati Iran itu sebelum ia tiba di Israel.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Pentagon.

Presiden Amerika Syarikat Jo Biden menyatakan bahawa komitmen Washington terhadap keselamatan Israel adalah utuh dan ia akan mengambil segala tindakan bagi melindungi keselamatan Tel Aviv daripada serangan oleh Iran dan kumpulan-kumpulan proksinya.

Beliau juga memberikan amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang Jordan turut sama dalam menembak jatuh peluru berpandu ballistik dan dron berani mati Iran yang sedang menuju ke Israel, namun setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan Jordan.

Dalam satu tindakan yang sudah tentu akan memarakkan lagi konflik di Timur Tengah, serangan udara pesawat-pesawat pejuang Israel terhadap sebuah bangunan milik kedutaan Iran di Damsyik, Syria telah membunuh sekurang-kurangnya tiga oleh oleh jeneral Kor Pengawal Revolusi Iran.

Keadaan di Timur Tengah menjadi semakin berbahaya selepas serangan udara Israel terhadap bangunan kedutaan Iran di Damsyik pada 2 April lalu yang tiga orang pegawai kanan tentera Iran berpangkat Jeneral.

Antara yang terbunuh dikenali sebagai — Brigadier Jeneral Mohammad Reza  Zahedi yang memimpin Angkatan Quds (Quds Force) di Syria dan Lubnan, salah satu cabang di bawah kawalan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC – Iran Revolutionary Guard Corps)

Beliau adalah pegawai tentera paling kanan Iran yang terbunuh dalam konflik di Timur Tengah selepas pembunuhan Panglima Angkatan Quds, Mejar Jeneral Qasem Soleimani oleh Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lepas.

Mohamad Reza adalah orang yang bertanggungjawab mengatur segala operasi tentera Iran dan kumpulan-kumpulan bersenjata yang bersekutunya dengannya di Syria dan Lubnan.

Peluru berpandu Iran melintasi Bangunan Knesset di Tel Aviv.

 

Jeneral kedua Iran yang disahkan terbunuh dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Mohammad Mehdi Rahimi yang merupakan rakan rapat kepada Mohammad Reza dan timbalan kepada beliau dalam Angkatan Quds di Syria dan Lubnan.

Selain Mohamad Reza dan Mohammad Mehdi, , seorang lagi jeneral Iran dikenalpasti terbunuh dalam serangan udara Israel itu dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Hossein Aminollah yang merupakan Ketua Staf Angkatan Quds di Syria dan Lubnan. — IRAN

 

 

featuredIranIsraelPeluru berpandu
Comments (0)
Add Comment