Rakaman Video Anggota Polis India Bertembak Sesama Sendiri, Enam Terbunuh

Kejadian tragik yang mengorbankan enam orang anggota polis Assam itu berlaku di sempadan Assam dan Mizoram di utara India, menyebabkan menteri serta pegawai kanan menuding jari antara satu sama lain.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Enam anggota polis sebuah negeri di India terbunuh dalam drama berbalas tembak dengan anggota polis daripada sebuah negeri lain.

Kejadian tragik yang mengorbankan enam orang anggota polis Assam itu berlaku di sempadan Assam dan Mizoram di utara India, menyebabkan menteri serta pegawai kanan menuding jari antara satu sama lain.

Insiden tembakan antara anggota-anggota polis kedua-dua negeri yang berjiran itu berlaku berikutan masalah sempadan antara kedua-dua negeri itu sejak beberapa tahun.

Assam dan Mizoram berkongsi sempadan bersama sepanjang 164km dan kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan sempadan itu.

Walaupun kedua-dua negeri ini bertelagah tentang isu sempadan, tetapi ia tidak pernah seburuk ini sehingga menyebabkan drama tembak-menembak antara satu sama lain terutamanya melibatkan pasukan keselamatan sehingga menyebabkan kematian.

 

Masalah sempadan antara Assam dan Mizoram sudah berlaku sejak 1994.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri India Amit Shah dilaporkan berkata telah bercakap dengan ketua menteri Assam Himanta Biswa Sarwa dan ketua menteri Mizoram Zoramthanga, dengan menyeru kedua-dua mencapai pendamaian dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sempadan itu.

Assam dan Mizoram bersama lima negeri lain di India terletak di utara India.

Ketua Menteri Assam dalam Twitter berkata, kesemua anggota polis Assam terbabit terbunuh selepas mempertahankan kedaulatan sempadan negeri ini.

Pihak polis di Assam juga mendakwa mereka telah diserang dan dibaling batu.

Menteri Dalam Negeri Mizoram pula berkata bahawa anggota polis negeri itu telah bertindak balas secara spontan dengan menembak balik terhadap anggota polis Assam yang melintas secara paksa pos kawalan anggota polis Mizoram.

DEFENCE SECURITY ASIA

AssamMizoramPolisTembak